SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, October 18, 2016

Kembali Berblogging

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat petang. Kembali menulis di sini. Sekarang komitmen menulis ke arah lain. Itu yang dapat menulis di sini sesekali aje. Konsep menulis seminggu satu entri. Hah, gitu sekali konsep aku sekarang ini. Aku kena kejar masa untuk siapkan. Banyak entri untuk blog terpaksa diketepikan dulu untuk memberi laluan benda lain dulu.

Ada seseorang bagi aku tips pada aku untuk aku tidak tinggalkan menulis di blog ini. Belum sempat dilaksanakan lagi. Akan aku cuba kemudian hari. Hahaha.

Lagi pun dua minggu ini anak aku exam. Bila anak exam dengan mak sekali kena bahangnya. Minggu ini Adriana ada peperiksaan untuk sekolah petang. Semoga diterangkan hati anak-anak aku ketika menjawab soalan peperiksaan.

Perjalanan aku ke pejabat semakin mencabar. Baik tika mahu menghantar anak-anak ke sekolah mahu pun aku mahu ke pejabat. Jalan biasa yang aku guna terpaksa ditukar ke jalan alternatif memandangkan jalan-jalan itu kesesakkannya terlampau tidak boleh dibendung.

Bertabahlah wahai hati!

Memang tak boleh nak buat apa. Mana yang orang buat jalan, mana dengan pertambahan lampu isyarat. Pening kepala. Begitulah rutin aku sepanjang anak-anak bersekolah. Semalam aku sempat sampai sebelum jam lapan. Bangga diri sekejap walaupun hanya dua minit awal. Hari ini cubaan untuk sampai sebelum jam lapan gagal. Kecewa. Hujung bulan cipta alasan. Begitulah dilema ibu tinggal. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart