SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, October 24, 2016

Percutian Ke Johor Bahru Part 2

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat tengahari semua. Entri kedua untuk hari ini. Kesinambungan entri dari sini. Entri ini sudah lama di dalam draf. Cerita yang dah makan bulan. Tapi tak apa. Sebab penat bergambar makanya harus juga diceritakan di sini. Buat kenangan akan datang.

Hari kedua di Johor Bahru. Awal pagi bangun seperti biasa walaupun tidur di hotel yang begitu nyaman tetap kena bangkit. Kalau ikutkan nak bergolek aje dengan suasana bilik yang dingin.

Permandangan dari tingkat dua belas di kala siang hari.

Ketika ini keluar untuk turun bersarapan.

Aku makan ini untuk sesi pertama.

Suasana di ruang makan.

Budak berdua ni kalau kat hotel makan koko crunch. Sedap lagi hotel punya.

Aku pun sama terjebak.

Usai makan aku naik bilik. Asben dan anak-anak turun pergi pool. Aku tak ikut. Nak menyendiri. Hah.

Sendirian di dalam bilik sambil menonton televisyen dan akhirnya televisyen yang menonton aku.

Lepas mandi pool dan sudah bersiap. Mamat tu fefeling baca suratkhabar.



Bergambar dulu sebelum meninggalkan bilik.

Bersiap siaga mahu check out.

Sekali lagi permintaan aku. Aku ajak asben makankacang pool lagi.

Mula-mula memang tak suka. Bila cuba pertama kali rupanya sedap. Kali kedua makan mintak roti lebih. Versi tamak.

Kemudian pergi shopping mall.

Asben nak jumpa orang jadi aku dan anak-anak kena lepak sini.

Kemudian basahkan tekak di starbuck. Selera laki aku sekarang bukan main.

Kemudian kami ke Tanjung Piai. Dah tutup masa kami sampai. Jadi boleh bergambar setakat ini aje.

Laki aku sejak dah tahu bergambar memang muka dia selambak kat depan.

Aku suruh laki aku amik gambar papan tanda ni.

Kemudian singgah Batu Pahat dan makan di restoran Leezo.

Ini menu untuk aku.

Ini Adriana punya. Cik kak tu kan omputih sangat. Mana makan pedas.

Ini Ammar punya. Mamat tu lidah Melayu.

Ini pula untuk asben.

Aku dan Ammar pula bergambar. Lepas makan aje, kami teruskan perjalanan pulang ke Melaka. Asben angkat tangan masa sampai mana entah dan suruh aku pula drive sampai rumah. Dia sedap membuta. Perlahan-lahan aku drive. Begitulah kisah percutian singkat kami empat beranak. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart