Monday, October 24, 2016

Kesibukan Dunia

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat pagi semua. Isnin yang dilalui seperti biasa. Minggu ini Adriana sibuk dengan peperiksaan. Maknya dah sehabis baik mengulangkaji dengannya beberapa hari yang lepas. Semoga anak mak dipermudahkan untuk menjawab dan diterangkan hati.

Aku pun sibuk dengan kerja-kerja rumah dan penambahan kerja rumah. Nanti aku ceritakan apakah yang ditambah. Aktiviti menulis aku masih diteruskan walaupun dalam keadaan suam-suam kuku. Artikel Zalora pun dah lama tidak aku tulis. Kemudian sibuk nak join menulis untuk slot yang lain pulak. Asalkan menulis itulah dunia aku.

Baru submit cerpen tetapi terima atau ditolak itu belakang cerita. Kena tulis yang lain pula. Sudah beberapa malam aku menulis walaupun hanya beberapa patah. Itu pun dah kira happy untuk diri sendiri.

Semoga urusan kita dipermudahkan semuanya. Jangan lupa untuk mengukirkan senyuman untuk membawa aura positif. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fuda Adim

No comments: