Monday, October 31, 2016

Kisah Dua Kali Jumaat

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat pagi semua. Selamat bekerja pada yang bekerja. Hari ini masih relax lagi sebab anak-anak masih bercuti sehingga esok. Jadi pagi ini tak adalah suasana huru-hara. Tak adalah acara berlari-lari anak di dalam rumah.

Entri pagi ini kisah dua kali jumaat. Hah. Kalau kawan aku dengar dia marah. Dia kata semacam aku cakap begitu. Hehehe. Saje je.

Jumaat dua minggu lepas, waktu rehatnya panjang. Aku keluar berlibur bersama adik-adik ofis. Adik-adiklah memandangkan aku yang paling tua antara bertiga. Destinasi kami ke Aeon dan kita orang lepak kat tempat aircond. Semenjak akhir-akhir ini tempat melepak kita orang bukan main. Kah. Sesekali nak jadi high taste.

Minuman aku. Secawan air coklat panas. Tetiba tak minum ais.

 Aku makan ini. Entah apa namanya aku pun dah lupa.

Kalau datang sini memang wajib order roti bakar ini.

Aku bersama adik-adik.

 Sekali lagi bersama adik-adik. Yang tua pulak over.

Ini jumaat yang lepas. Pagi itu aku pergi kerja dalam keadaan yang bersantai sekali. Anak-anak tak sekolah makanya duduklah korang dengan apak korang. Mak nak pergi kerja.

Aku order brownies dengan biras aku. Memandangkan si Mira Mokhtar cuti aku makan sorang. Kejam kawan ko.

Tengaharinya aku tak ke mana-mana pun. Duduk mereput di pejabat. Punya malas nak keluar makan maggi ajelah.

Sambil layan drama Cinta Masam Manis. Sampai habis episodnya aku layan. Kat televisyen baru sampai episod belas-belas. Kat internet dah tamat pun. Cerita yang sweet. Aku suka tengok sebab ceritanya lain daripada yang lain. Sekian.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: