SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, April 21, 2015

~Kesakitan Menyerang Selepas Berjimba-jimba~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Blog ini memang sudah dianaktirikan. Komitmen pada blog ini sudah seperti suam-suam kuku. Tapi sayang lagi mahu meninggalkan dunia penulisan. Ini entri yang emmang sudah basi. Kalau makanan mahu sudah keluar ulat. Oleh sebab aku sudah susah payah memuat naik gambar di sini makanya aku gigihkan jugak untuk menulis.

Kesinambungan entri INI. Terlampau seronok sangat masa keluar tempoh hari makanya balik daripada berjimba-jimba diberi pula kesakitan. Orang kata terlampau gembira sangat. Diberikanlah kesakitan supaya tidak lupa diri. Hehehe...Mana taknya hari tu masa berjimba-jimba ketawa tak ingat dunia. Tak pernah dapat outing begitu sekali dapat mahu tak lupa diri. Berjalan dari siang bawak ke malam. Lupa diri jap. Hahaha...

Hari pertama masih bertahan lagi pergi kerja. Orang berlagak memang begini. Gigih buat kerja. Menjelang petang dah rasa sakit-sakit badan. Sakit badan sebab makan pulut tak ingat dunia. Itu lupa diri yang kedua. Esoknya aku pergi kerja juga tapi sebab dah tak tahan aku gigih ke klinik.

Dapatlah mc sehari dan terus balik rumah. Kepala pun pening sebab tekanan darah rendah.

Dapatlah beberapa ubat. Silalah telan.

Petang tu beransur sihat sikit balik rumah mak masak sup.

Sebelah malam pula, asben bawa makan satay. Mengada-ngadakan tekak orang sakit mengalahkan perempuan mengandung. Alhamdulillah dua hari kembali sihat setelah menelan beberapa biji ubat. Itu sahaja entri hari ni. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



1 comment:

Hanisah Mat Azit said...

sedapnya tengok satay tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart