SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, November 4, 2014

~Persiapan Kenduri Aqiqah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Selasa dah. Kejap je kan. Ini adalah cerita minggu lepas. Agak lama terperap dek kerana kekangan masa. Ahad lepas biras aku adakan kenduri aqiqah untuk anaknya. Aku adalah amik tugasan untuk candy booth.

Jadi adalah beberapa benda yang aku siapkan untuk memeriahkan majlis pada hari itu. Tolong setakat yang termampu. Biras aku beritahu dia teringin nak buat candy booth. Buat sendiri je. Makanya aku tengoklah contoh-contoh yang ada.

Kertas warna simpanan sendiri.

Dan inilah hasil tidak seberapa daripadaku.

Kemudian aku buat dadih.

Dan juga cheesetart. Ada satu menu tambahan iaitu apam polkadot. Tetapi aku tempah daripada orang rumah officemate. Tak terlarat nak buat semua sensorang. Ada yang terjelepok kat dapur. Ngeeee. Itu sahaja kisah persiapan untuk kenduri minggu lepas. Sambung nanti ye untuk entri seterusnya. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

2 comments:

Kakzakie said...

Buat sendiri ni puas hati Fyda cuma penat dan letihnya tu tak tahan..

AMIIZAA said...

fida, cantiknya...kreatiflah:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart