Sunday, November 16, 2014

~Melakukan Kerja Di Rumah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi ahad. Sekejap sudah hari ahad. Dua hari duduk di rumah tak terasa apa. Buat kerja rumah tak habis-habis. Lepas satu kerja, alih ke satu kerja yang lain. Semalam seharian suntuk dari pagi bawak ke malam dok berkemas. Semalam misi nak kemas bilik bacaan. Alhamdulillah tercapai walaupun makan masa. Banyak sangat berhenti untuk iklan. Jadi dari petang bawak ke malam dan tengahmalam.

Awal pagi kemas ruang tamu. Tapi biasalah kejap aje nampak kemas, bangun askar-askar aku yang dua orang tu memang berselerak balik.

Kemudian siapkan sarapan. Ringkas aje. Usai sarapan terus masak untuk tengahari. Masak asam pedas ikan pari, sayur dan telur masin.

Tekak teringin nak makan mangga asam boi. Kebetulan sepupu ada bagi sebiji mangga tapi sudah masak. Bolehlah. Minta tolong asben belikan asam boi.

Dalam jam tiga hujan turun selebat-lebatnya. Lepas makan takkan nak tidur pula. sambung buat kerja lagi. Kemudian terpandang pada bunga yang aku beli dua minggu lepas kat Romantika.

Aku gubahlah sendiri. Main cucuk je. Bak kata kawan aku nak buat konsep rimba.

Ini adalah ruang yang sudah beberapa kali aku tertangguh untuk kemas. Memang sakit mata. Hari ini dah tak boleh tahan.

Dua buah almari yang dipenuhi buku-buku dan majalah-majalah perlu dikemas. Sampah sarap bolehlah dibuang. Buat semak aje mata memandang. Jadi aku berjayalah mengemasnya semalam. Itu sahaja entri untuk pagi ini. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

No comments: