SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, November 3, 2014

~K.A.M.I Di Hari Jumaat~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi. Salam isnin buat semua. Mulakan hari ini dengan bismillah agar sentiasa dilindungi dan diberikan ketenangan sepanjang hari. Mudah-mudahan. Hari pertama bekerja untuk bulan baru. Semoga dipermudahkan segala urusan kita.

Ini cerita jumaat dua minggu lepas. Tak sempat nak mencoretkan minggu lepas. Hari ini baru berkesempatan sebab dapatlah menaip sabtu malam untuk dijadikan entri schedule. Jadi akan ada entri-entri yang dipostkan lagi.

Jumaat dua minggu lepas, aku dan Mira Mokhtar melangkah jauh sedikit untuk mengisi perut. Waktu rehat panjang kan. Masa kerja saja yang boleh melepak begini. Adalah masa untuk berchit chat. Kalau selepas selepas itu memang tak berkesempatan. Mana nak uruskan rumah, nak uruskan askar-askar baik yang besar mahupun yang kecil. :D

Jadinya, ajak sahabatku Mira Mokhtar makan di KFC. Memandangkan aku ada kupon yang jimat beberapa ringgit, kami pergi jua tengahari itu.

Ini dia sahabat muda. Makan ayam, burger, nugget, kentang putar. Memang makan sakan hari itu. Makan sambil berbual sambil terkekek-kekek ketawa. Banyak sambilnya.

Ini masa balik. Hah! Tak dok kerja namanya. Saja suka-suka.

Bergambar itu kesukaan kami.

Setakat bergambar macam ini je yang daku tahu.

Ini lagi tak boleh blah. Angkat gambar tapi pandang tempat lain. Buat-buatlah kekononnya.

Sempat lagi aku suruh mira bergambar masa dia sedang drive.

Aku! Merenung masa hadapan. Ahakssss. Itu sahajalah entri aku berjimba-jimba dengan blogger Mira Mokhtar. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                       

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart