Thursday, January 28, 2010

Benda Da Nak Jadik!!!

Lunch time tadi, aku dengan officemate aku pi hospital melawat salah seorang officemate kami yang masuk hospital sebab kena potong jari kakinya...ngilu dan ngeri rasa bila aku dengar..benda nie berlaku dengan begitu pantas sekali..kesian padanya..aku dengar berita dia masuk hospital masa ari selasa tempoh hari..aku EL sebab tak sihat..kawan aku bagitahu yang dia masuk hospital nak kena potong jari kaki..aku terkejutlah..macam tak percaya pulak..minggu lepas jumpa sihat macam tak sakit..aku ingatkan satu jeajarinya yang kena potong..rupanya sekali 3 jari..ibu jari,yang kedua dan ketiga...rasa baru minggu lepas tengok dia ok jea...

tadi kami pegi melawat dia di hospital..sememangnya dia memang berpenyakit kencing manis..tapi katanya tidaklah seteruk mana..lagipun dia kata memang kakinya tidak luka pun..masa cek kencing manis pun taklah tinggi..doktor pun pelik kenapa dalam masa sehari jari-jarinya boleh jadi begitu hitam sekali..

masa datang tadi isterinya bercerita kepada kami memang berlaku dengan cepat..pada mulanya suaminya kata yang kakinya sakit..pegi klinik doktor kata tak ada apa..balik rumah tengok tapak kakinya sudah hitam..dalam masa sejam melarat ke 3 jari..kesian bila tengok keadaannya macam tue..

inipun jari keempatnya sudah hitam..isterinya kata petang nie doktor kata kena potong jugak..tadi isterinya tunjuk gambar masa jarinya sudah dipotong..ngilu rasanya..macam nak pitam pun ada tengok gambar..belum tengok secara live..aku memang lemah semangat sikit..sedih sangat tengok keadaannya..tapi dia masih mampu tersenyum..masih boleh bergelak ketawa masa kami datang..dia cuma kata benda da nak jadi.."berat mata memandang berat lagi bahu memikul"..kita tak tahu macam mana perasaannya..tiba2 benda2 macam nie jadi...kita pun tak tahu..semua telah ditentukan oleh Illahi perjalanan hidup kita..

semoga dia tabah menghadapi ujian ini..

5 comments:

wansteddy said...

siannya... bygkn tgh sihat2 tiba2 je hilang 3jari kaki. smoga kwn awak tabah.

@lfidah said...

wansteddy:itulah..saya pun mcm tak percaya..tgh sihat kan..kalau sakit lainlah...

fazilzura said...

mak aii smp gitu ke? sure paras gule tingi tu .. kalau x , x kan laju melarat ..

alyyani said...

bape umo kawan fidah ni? serious gak ek kencing manis dia. kita sama2 beringat tuk jaga kesihatan.

@lfidah said...

kak zura:kita org tnya jgk kot2 gula dia tinggi..dia kata ms dtg hospital doc check dlm 6.4

alya:muda lg..dalam 40-an..anak 1st br ting satu..sama-sama jg kesihatan.