Pages

Monday, November 30, 2009

NGV

Apa itu NGV?

NGV adalah singkatan daripada kata penuh “Natural Gas for Vehicle” atau di dalam Bahasa Melayu membawa maksud kenderaan yang menggunakan gas asli. NGV adalah bahan api yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar serta dapat memberi impak yang baik terhadap ekonomi negara dan individu di dalam proses alternatif penjimatan daripada pergantungan terhadap petrol semata-mata tanpa meminggirkan kualiti ngv yang digunapakai.

Benefit penggunaan NGV
  • Pengekalan Penjimatan berbanding petrol (70%)
  • Kos operasi yang rendah
  • Tidak mencemar alam sekitar
  • Kenderaan boleh bergerak dalam jarak yang lebih jauh

Insentif dari Kerajaan Malaysia dan Penggubalan Undang-undang di dalam penggalakan penggunaan NGV.

NGV telah diberi galakkan oleh kerajaan dengan penyediaan insentif dan undang-undang di dalam menggalakkan pemilik kenderaan seluruh negara memiliki dan menggunapakai NGV. Pada masa sekarang harga NGV berada pada paras 63.5sen seliter berbanding dengan petrol yang berharga RM1.92 seliter serta harga NGV adalah yang termurah jika dibandingkan dengan harga minyak kenderaan yang lain. Untuk rekod semasa NGV mencatatkan harga penggunaan pada RM8 untuk jarak perjalanan sejauh 160km, jika dibandingkan dengan petrol mencatatkan pada harga sekitar RM30-RM40 untuk jarak yang sama. NGV juga dikecualikan daripada duti import dan cukai jualan . Yang paling menariknya bagi NGV ini adalah pengurangan cukai jalan yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti berikut:
  • Kenderaan Monogas (NGV sahaja) – potongan 50%
  • Kenderaan Bi-fuel (Petrol & NGV) – potongan 25%
  • Kenderaan Dual-fuel (Diesel & NGV) – potongan 25%


Maklumat yang dinyatakan di atas adalah perkara asas yang utama bagi bakal pemilik kenderaan NGV di dalam membuat pilihan penggunaan bahan api bagi digunapakai.


Tahap keselamatan penggunaan NGV


Walaubagaimanapun, sudah tentulah antara perkara yang harus dipersoalkan adalah berkenaan ciri-ciri keselamatan. Di sini para pemilik dan bakal pemilik kenderaan yang berasaskan NGV ini tidak perlu risau berkenaan soal keselamatan dimana bagi melihat rekod yang dilaporkan kini NGV adalah sejenis bahan api yang lebih selamat berbandingkan dengan minyak petrol atau bahan api alternatif yang lain pada hari ini. Ini disebabkan kehebatan dan kelebihan yang ada pada NGV (dan masih meningkat) dari segi teknologi automotif, tahap keselamatan yang tinggi serta NGV ini ditempatkan di dalam sistem fizikal enjin tersendiri dan pemangkin kepada keselamatan penggunaannya jika dibandingkan dengan bahan api yang berasaskan petroleum yang lain.


Contoh Diagram NGV di dalam kenderaan





Ada sesiapa di kalangan anda yang menggunakan NGV???Jika ya, adakah berbaloi dan adakah ia sangat menjimatkan?

2 comments:

Aleyn said...

Nice Info, Thanks

Anonymous said...

Sangat-sangat menjimatkan dan berbaloi mengeluarkan modal memasang NGV ni.