Pages

Tuesday, July 17, 2018

Pagi Satu Syawal

Assalamualaikum.

Permulaan untuk cerita hari raya. Aku gigih menaip malam tadi untuk ditebritkan entrinya hari ini. Walaupun semalam keletihan sebab puasa. Sudahlah bermacam-macam dugaan semalamnya. Sebelah pagi, didatangkan dengan berita yang mengecewakan itu. Sebenarnya tidaklah kecewa tapi dalam erti kata lain menyedihkan. Begitulah. Aku lebih sedih pada berita kedua itu. Jadi aku hanya mampu berdoa untuk kawan aku itu agar hajatnya tercapai.

Apa kaitannya?

Hajatnya berkait rapat dengan aku. Jadi aku kena simpan rapat dulu cerita ini. Semoga hajatnya yang berkait rapat dengan aku akan tercapai. Kalau hajatnya tak kesampaian aku kemurungan sekali. Okey nampaknya panjang pula mukadimah entri ini.

Baiklah.

Pagi raya aku sekeluarga bersiap dari rumah. Memandangkan kampung masing-masing dekat boleh ulang-alik berapa kali pun kalau kau larat, jadi memang setiap tahun inilah rutin kami sejak ada rumah sendiri.

Pagi raya rumah sendiri. Lepas solat raya, barulah bersiap balik rumah mak aku. Selalunya ziarah kubur kemudian ke rumah mak aku. Selalunya rumah mak aku kejap aje. Kemudian balik rumah mentua. Ini memang sampai ke malam.

Gambar raya kami yang pertama secara swafoto.

Sesi bersalam-salaman.

Boleh senyum-senyum kau salam apak kau ye.


Giliran Dak Ammar pula. Sama aje perangainya.

Bergambar dengan Adriana.

Giliran mak dan apak pula yang nak bergambar.

Gambar potrait kami untuk raya tahun ini. Apak tu dah macam tokoh penyimpan mohor besar raja-raja. Hahaha. Oh ya, baju tema kita orang ni last minit bertukar di petang raya. Ko rasa?

Mulanya nak pakai baju tahun lepas aje. Baju emerald green. Tapi si apak boleh ubah fikiran sebab dia teringat baju melayu masa dia masuk perarakan maulidur rasul. Mujurlah aku ada baju yang sipi-sipi ada warna tema. Jangan membazir semata-mata nak pakai beberapa jam aje. Jadi malam raya gigih mencari baju untuk budak berdua tu. Tak pernah dibuat kita orang lagi. Pertama kali dalam sejarah kami selama 12 tahun berkahwin.

Gambar ini si Adriana yang amik. Terharu pula tengoknya. Rasanya kali ini ucapan aku sedikit panjang daripada tahun-tahun lepas. Cuma tak berair mata aje. Kalau serius mahu berjujuran air mata agaknya yang membasahi pipi.

Itu aje kisah pagi raya di rumah kami. Entri bersambung di rumah mak pula. Tunggulah nanti bila datang rajin. Semoga lepas ini rajinlah diri ini nak menulis. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


2 comments:

Warisan Petani said...

Semoga kekal bahagia selamanya.

adianiez AIDA said...

Bila kampung dedekat, best.
Boleh beraya rumah sendiri di pagi raya.
Ohsem.
Tak la berangkut mcm kami :-) ha ha ha