Tuesday, July 17, 2018

Misi Gaya Hidup Sihat

Assalamualaikum.

Syawal telah pun melabuhkan tirai. Semoga kita dapat bertemu lagi pada tahun depan. Pastinya kenangan Syawal tahun ini akan tersemat di dalam hati. Bila Syawal sudah pun melabuhkan tirainya, aku kembali pada rutin. Kembali untuk bersenam. Cuba untuk bersenam walau seminggu sekali. Hujung minggu ajelah yang aku ada masa lapangnya. 

Lapang tak berapa lapanglah jugak. Kadang hujung minggu lagi sibuk daripada hari kerja. Macam-macam program. Mana yang anak tuisyen, mana yang ada jemputan kawin, mana yang tiba-tiba datang program yang tak diundang.

Bertabah ajelah.

Sabtu pagi aku kembali mengeluarkan kasut sukan yang sudah lama terperap dalam almari kasut. Kira dua bulanlah terperapnya. Bulan puasa dengan bulan raya. Kebetulan anak-anak sekolah ganti sabtu lepas, jadi aku berdua ajelah dengan suami beriadah di Bukit Serindit.

Coach aku yang garang. Dia dok suruh aku berlari pastu membebel. Tak tahan telinga dengar dia membebel.

“Ni apa lembik sangat. Cuba cergas skit.”

Adoi. Dengar ko bebel bang penat nak berlari.

Lepas berjogging aku ke tempat orang aerobik pulak. Lari daripada coach yang garang. Aku memang suka aerobik. Kalau bab menari aku laju aje. Memang dari sekolah kalau menari aku suka join. Sampai bawak ke tua. Laki aku memang tak minat. Berbulu dia tengok bini dia mengelinjang. Hahaha.

Semoga aku akan terus istiqomah dalam misi hidup sihat ini. Kalau tak pun memalam ada jugak aku mengelinjang aje kat rumah. Pasang lagu kejap ajaklah anak-anak join sekali maknya beraerobik. Si Adriana cukup suka. Entah ikut perangai siapalah tu. Hahaha.

Salam pena,
Fyda Adim


4 comments:

CahayaHannan said...

bagi nasihat sikit untuk rajin bersenam :(

Warisan Petani said...

Kalau coach garang sangat, laen kali jangan ikut.

adianiez AIDA said...

Ahad aida x exercise.
Hingga hati ni. Demam :-(
Esok in shaa Allah start semula, fyda.

adianiez AIDA said...

*hari ni
(hati = typo)