SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, September 13, 2016

Perasaan Lemau

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat pagi. Salam 11 Zulhijjah. Kembali ke sarang. Minggu ini minggu rehat. Anak-anak cuti sekolah. Bila cuti sekolah mereka balik ke rumah neneknya belah suami.

Makanya aku terkontang-kantinglah bila anak-anak tiada. Berehat jap jadi tarzan jadian. Baik jadi tarzan daripada aku membisu seribu bahasa. Semalam kira aku okay lagi sebab asben ada. Hari ini mereputlah sendiri.

Pagi ini. Jalan lengang. Keluar rumah jan 7.45 pagi dan aku sempat sampai sebelum jam 8.00 pagi. Betapa santainya aku. Tak suka perasaan pagi ini. Lemau umpama biskut masuk angin. Kalau dah cuti lama beginilah moodnya. Mood ke laut ajelah yang nampak setakat ini.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart