SUKA ENTRY DI SINI???

Thursday, September 15, 2016

Menghadiri Perhimpunan Di RBLTAA

Salam.

Selamat petang. Sudah makan tengahari? Baiklah entri kedua untuk hari ini. Entri hari ini berkonsepkan baling belakang. Ini pun cerita yang sudah makan bulan dan terperap dalam draf. Serba salah dibuatnya. Penat-penat aje amik gambar kan.

Baiklah, mari teruskan cerita kita. Bulan lepas, kalau tak silap jabatan aku adakan perhimpunan pagi di Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz. Orang Melaka mesti tahu mana lokasinya. Kebetulan hari jumaat, suami aku ada. Makanya misi menjadi supir aku. Hahaha. Aku kalau tempat jarang-jarang nak pergi memang cuak sikit.

Dalam perjalanan menuju ke destinasi.

Sebelum itu, aku sarapan dulu. Memang kena sarapan dulu kalau tak nanti aku kelaparan. Aku mana boleh lambat makan.

Suasana di dalam dewan.

Antara yang hadir masa tu.

Tengok slide ajelah dulu.

Bergambar tak habis-habis selagi tak habis majlis.

Ucapan daripada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.

Aku dan Myra Mokhtar mesti bergambar berdua.

Memandangkan masa tu hari jumaat, perhimpunan habis jam 12.00 tengahari. Kami terus ke Aeon Bandaraya melepaskan gian selama dua jam melalak dalam tu. Kononnya mahu hilangkan stres, rupanya bala lain pula yang datang. Itulah kan aku dah cakap.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart