SUKA ENTRY DI SINI???

Wednesday, September 14, 2016

Artikel Pertama Di Zalora Community

Salam.

Selamat petang.

Bagi yang stres kerja, take a nap. Buang jauh-jauh belenggu stres dalam diri. Biasalah, istilah stres ni memang sering meniti di bibir-bibir orang ramai termasuklah aku. Itulah asam garam kehidupan kita. Biasalah tu. Harap kita pandai dalam menangani isu stres ini.

Baiklah, aku kalau bab menulis ni memang hilang terus stres. Berbalik kepada tajuk entri ini, artikel pertama aku sudah ada di Zalora Magazine. Boleh dibaca secara online.

Nak siapkan artikel ini pun makan masa juga. Yelah, mana siapkan beberapa cerpen yang sekerat jalan. Dah lama juga aku tak hantarkan cerpen pada majalah. Ini permulaan juga untuk aku meluaskan penulisan aku selain di blog ini.

Pada sesiapa yang berminat, mempunyai masa senggang dan seorang pembaca bolehlah layari artikel aku di SINI. Tajuk artikel pertama aku adalah 'Cara Menjaga Hubungan Jarak Jauh.'

Selain itu, boleh juga menjengah blog INI.

Ada cerita baru di situ bertajuk Hey, Kau! Bolehlah tinggalkan komen memberi semangat untuk aku. Aku hanya menulis berdasarkan imaginasi aku. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart