SUKA ENTRY DI SINI???

Wednesday, September 14, 2016

I'm Officially Zalora Community Contributor

Salam.

Selamat pagi semua.

Tajuk entri kali ini bukan main gempak. English sangat bunyinya. Sejak dua menjak aku melibatkan diri dengan Zalora Community memang merangkak aku nak tulis dalam bahasa omputih ni. Aku ni nama aje budak convent tapinya bukan fasih sesangat nak speaking bagai. Kali ini berbalas emel dengan chief editor zalora memang in english.

Ko rasa?

Kakak kerani merangkak nak terjemahkan dalam omputih. Yang ditanya pulak seperti biasa dua kali jugak dengan aku. Aku terima emel daripada pihak Zalora mengenai tawaran untuk menyertai community dia orang.

Bila tengok emel yang dihantar dalam english, memang cuak jugak. Ingatkan dengan artikel sekali dia suruh karang dalam english. Rupanya tidak. Jadi aku terimalah tawarannya memandangkan aku dan menulis berpisah tiada.

Selamat dah pun artikel pertama landing dalam web dia orang.

Profile aku pun sudah ada di web Zalora. Kalau korang berminat nak baca bolehlah terjah di SINI. Entah apa yang aku merapu.

Badge Zalora Community Contributor telah selamat diletakkan di sudut tepi blog. Sekurang-kurangnya aku ada medium lain untuk menulis selain menulis blog dan menulis cerpen. Dapatlah aku menambahbaik penulisan aku seadanya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart