SUKA ENTRY DI SINI???

Wednesday, September 14, 2016

Malam Selepas Majlis Pernikahan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Entri ini bersambung dari entri semalam. Cerita kahwin belum habis-habis lagi. Biasalah kalau majlis-majlis begini entri dia mesti meleret. Aku yang tulis pun jadi bingung. Hehe. Demi untuk dijadikan kenangan aku gigihkan juga menitipkan di sini.

Malam selepas majlis pernikahan, tak ada majlis malam berinai. Anak buah aku tak nak. Time aku dapatlah rasa. Bila pengantin dah tak nak, apa boleh buat. Takkan aku dengan mak dia pula yang nak malam berinai pula kan.

Jadi malam itu digantikan dengan marhaban. Merdu sekali suara mereka.

Budak-budak ni paling sempoi. Anak-anak aku tak melawa langsung malam itu memandangkan aku hari tu ke hulu ke hilir dengan tempahan candy booth. Masa tu lah rezeki nak datang. Nantilah ada masa aku ceritakan.

Hari tu jugak ulangtahun kelahiran pengantin lelaki. Anak buah aku belikan kek untuk suaminya. Surprise. Budak-budak yang nyanyikan.

Maka si suami isteri potonglah kek bersama. Hehehe...

Ada bunga api. Bunga api yang ala-ala merdeka pun ada tapi tak sempat nak amik.

Wefie bersama pengantin yang sememangnya menggila bila bergambar termasuk makcik dua orang kat belakang tu.

Makanya ini gambar penutup untuk malam tu. Muka aku sudah berlemuih. Mana taknya seharian ke hulu ke hilir macam apa. Berehat secukupnya malam itu walaupun tak berapa nak berehat. Nak kumpul tenaga untuk esoknya pula.









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart