SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, September 21, 2015

Kesibukan Hujung Minggu

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat tengah malam. Sebelum melangkah masuk untuk beristirehat aku up kan entri untuk hari ini. Anak-anak sudah beradu. Aku nak tidur perut kenyang lagi sebab makan lambat malam ini. Dalam sibuk sempat masak nasi tomato. Boleh bawak bekal esok. Dah lama rasanya tak bawak bekalan dari rumah sejak jadi supermak ni. Pagi-pagi memang tak sempat nak menghadap bekal-bekal. Nak terkejar-kejar siapkan anak-anak lagi untuk ke sekolah.

Hari ini memang satu hari sangat pack dengan bermacam kerja. Tengahari bersiap-siap mahu ke kenduri kawin dekat taman. Aku whatsapp jiran nak pergi saing. Jadi macam ribut siapkan anak-anak.


Kami sudah bersiap untuk ke kenduri kawin.

 Ammar tak mahu bergambar. Nana je bergambar bersama anak-anak jiran.

Masa kita orang sampai pengantin sedang bersanding. Selesai makan kita orang terus balik rumah. Tak jauh un rumah kenduri kawin ni. Sederet je dengan rumah kita orang.

Balik dari kenduri kawin, aku rehat kejap. Cuaca kat luar teramat panas. Kemudian sambil menonton drama Kerana Terpaksa Aku Relakan aku masak bubur jagung campur chacha.

Sambil buat dua perkara di atas aku mengemas rumah juga. Dua minggu bercadang nak mengemas asyiklah bertangguh dan hari ini aku gigihkan diri untuk vakum, mop dan sapu segala habuk-habuk. Sambil itu juga aku jalankan mesin basuh. Baju kotor banyak pula.

Selesai semuanya aku gunting cili kering pula. Hajat hati dari semalam nak masak nasi tomato. Cili blender pun dah habis.

Maka terhasil lah nasi tomato untuk makan malam tadi bersama anak-anak. Kekenyangan sebab makan dah lambat sangat. Itu sahaja kesibukan aku untuk satu hari ini. Mahu kemas beg baju anak-anak pula. Tak habis-habis lagi kerja kan. Kemudian mahu tidur. Katil sudah memanggil-manggil. Sekian dulu entri untuk malam ini. Wassalam.

Salam pena,



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart