SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, September 21, 2015

Kenduri Kawin dan Kenduri Aqiqah

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam hari isnin. Selamat bekerja untuk semua. Lebih kurang dua hari lagi kita akan menyambut kedatangan Aidiladha. Seperti biasa aku masak sendiri untuk Aidiladha ini. Rabunya aku masih lagi bekerja, tak bercuti pun memandangkan pun asben sampai Melaka sebelah malam. Dia pulang ke Melaka sejurus habis waktu kerja.

Baiklah, ini adalah cerita dua minggu lepas. Seperti biasa hujung minggu dipenuhi dengan jemputan. Ada jemputan kawin dan juga jemputan aqiqah. Jadi kami sekleuarga cuba memenuhi jemputan pada hari itu.

Kenduri kawin yang pertama di Rumah Media MITC.

Dari MITC kita orang ke kenduri kawin yang kedua di Dewan Citra Kasih Bandar Hijau undangan Datuk Hj Zaini dan Datin Hjh Shamsiah.

Sebelum pulang suruh anak-anak bergambar di photobooth yang terletak di suatu sudut dewan.

Kemudian terjah rumah Kak Rehan di Alai. Kak rehan dulu opismate tapi dah dua tahun bersara. Dia buat kenduri aqiqah cucunya. Lambat-lambat pun aku terjah jugak rumahnya.

Sebelum pulang seperti biasa suruh anak-anak bergambar lagi. Begitulah kisah kami dua minggu lepas. Balik dari kenduri kami pergi cari tilam bujang dan kipas untuk asben bawak ke kuartersnya di BP. Itu sahaja entri untuk pagi ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart