Monday, September 28, 2015

Cerita Jumaat Kami

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi. Salam isnin. Kembali ke pangkal jalan. Rutin harian bermula seperti biasa. Bertabahlah wahai hati. Demi anak-anak dan juga keluarga. Asben pun sudah kembali ke sarangnya. Hehehe...Masing-masing sedang menabahkan diri.

Entri ini berkenaan hari jumaat kami. Asben memang cuti kan memandangkan kerja di Johor. Aku jelah yang kena mohon cuti sendiri. Demi mahu meluangkan masa berempat aku korbankan jugak cuti rehat yang ada. Lagipun anak-anak pun sedang cuti sekolah.

Jadi jumaat paginya asben ajak sarapan di luar. Masing-masing melompat dari katil. Ajak keluar siapa yang tak nak. Anak-anak pun bergegas ke bilik air dan mandi. Asben siapkan anak-anak sementara aku pun bersiap.

Ammar yang ceria bila dapat ro canai. Mana lagi port kami kalau bukan di kedai mamak.

Aku dan anak dara. Masing-masing pesan roti canai jugak.

Hero-heroku berselpie.

Ini aku punya roti telur. Selepas sarapan, kita orang ke Mydin kejap sebab asben nak betulkan handphone. Dari Mydin kita orang bergegas balik sebab asben nak pergi solat jumaat.

Balik tu aku terus je ke dapur sebab asben request nak makan kat rumah. Dia minta masakkan sup tulang. Sementara yang lelaki ke masjid yang perempuan di rumah memasak. Dalam jam 3.00 petang jugak aku siap masak ini semua. Tiga lauk semuanya. Sebelah malam pula kami ke Familt Store untuk beli barang dapur. Itu sahaja kisah kami jumaat lepas. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








No comments: