SUKA ENTRY DI SINI???

Sunday, September 6, 2015

Ahad Pertama Dia Bekerja

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi ahad. Selamat berhujung minggu di samping keluarga tersayang. Satu jam aku dok melangut depan komputer ni, kononnya memang nak update blog, nak menulis sesuatu tetapi idea tak kunjung tiba. Ini barulah datang ideanya.

Satu jam tu sesi memanaskan badan. Sepatutnya awal pagi minda lebih segar tapi aku sebaliknya pula. Aku bangun awal pagi tadi sebelum azan Subuh berkumandang. Bangkit awal seperti anak-anak mahu ke sekolah. Tapi hari minggu ni bangkit awal sebab asben mahu kerja. Johor kan kerja pada hari ahad. Itulah sebabnya aku bangkit awal. Siapkan sarapan untuk dia. Masakkan nasi goreng, nugget dan buatkan teh o. Dalam jam 7.00 pagi tadi asben bertolak ke tempat kerjanya. Dari Melaka ke Batu Pahat.

Jadi semalam aku siapkan barang-barang asben umpama melayan anak yang mahu masuk asrama. Siapkan dua biji bantal, sarung tilam, lipatkan baju-bajunya. Siang semalam pergi beli tilam bujang dan kelmarin beli kipas berdiri tu.

Sayang isteri tinggal-tinggalkan. Relevan lagi tak zaman sekarang ni?

Ini gambar kami semalam. Hujung minggu harus dijadikan hujung minggu yang berkualiti. Dalam hatiku hanya Allah sahaja yang tahu. Suka mahu tidak terpaksa juga merelakan. Terpaksa belajar untuk berdikari tatkala suami tiada di sisi. Itu pun aku bersyukur sebab asben dapat dekat sikit dengan Melaka walaupun mengharapkan yang lebih dekat. Tapi semuanya telah diaturkan Allah sebaik-baik perancangan. Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.

Itu sahaja entri untuk pagi ini. Nak siapkan tugasan daripada seseorang. Kerja senang pun ambil masa nak melaksanakan. Alahai...Sekian dan wassalam...

Salam pena,



2 comments:

mamawana said...

Assalam.

Selamat menjadi Isteri & Ibu Mithali.

Radin Aden said...

Abang akak tuka sini ke kak? Meh la tuka joho juga hehehe opis kita kat JB banyak kosong PT. saya ni da biasa hari ahad keja. Husband weekend husband sebab husband sy keja KL hari sabtu ahad baru ada uma. tu pun ahad sy kena keja. jadi dapat jumpa dia seminggu sekali je. Redho jela...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart