Monday, May 4, 2015

Resepi Bubur Ayam Ala McD

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Kembali dengan entri kedua hari ini. Malam tadi gigih menaip beberapa entri dan di sceduled kan untuk dipaparkan. Nak update setiap masa memanglah tidak berkesempatan. Malam tadi datang rajin nak bersengkang mata. Adalah berjaga sampai jam tiga pagi. Jadi cari idea untuk menulis beberapa entri untuk minggu ni. Gigih kan?

Malam tadi asben aku mintak masakkan bubur ayam. Senang aje permintaan laki aku tu. Berlagaknya kan. Jadi aku masakkan bubur ayam ala mcd. Ringkas aje.


Mari aku kongsikan resepinya sekali di sini. Bahan-bahannya pun mudah saja. Dalam masa aku menaip resepi ni perut aku berdendang sayang. Memang tak tahan perut aku ni kalau makan bubur. 

Resepi Bubur Ayam Ala McD

Bahan-bahan :

1 1/2 cawan beras
1 1/2 inci halia dihiris
2 kiub pati ayam
Isi ayam (ikut banyak mana korang nak)
Air (ikut banyak mana)
Sedikit garam
Cili merah
Daun sup
Serbuk lada putih
Lobak Masin

Cara-cara :

1 ) Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam. Jangan buang air rebusan ayam tu. Basuh beras seperti biasa. Kemudian masukkan beras ke dalam periuk bersama dengan lebihan air rebusan ayam. 

2) Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. Masak sehingga lembut. 

3) Isi ayam yang dikeluarkan disiat-siat.

4) Bila bubur hampir masak, masukkan halia, kiub ayam dan sedikit garam. Kemudian masukkan isi ayam yang sudah disiat tadi. Kacau sebentar.

5) Kemudian campakkan cili merah yang sudah dihiris, daun sup dan juga bawang goreng. Letakkan sedikit serbuka lada sulah dan titiskan sedikit minyak bijan. 

Nota : Aku makan dengan lobak masin. Menambah rasa lagi.

Itu sahaja perkongsian untuk tengahari ini. Semoga bermanfaat buat semua terutama para ibu dan isteri. Selamat mencuba!

Salam pena,



1 comment:

norsadira said...

Terima kasih untuk resepi ni..boleh cuba.. jmput singgah ke blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com