Tuesday, May 5, 2015

Berkunjung Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Selamat kembali ke kerja. Empat hari bercuti di rumah, moga hari ini diberikan kerajinan dalam diri. Jangan malas-malas ye. Malas tu perilaku yang tidak baik. Berbalik kepada tajuk di atas, jumaat lepas 1 Mei sempena cuti hari pekerja kami empat beranak ke Kuala Lumpur. 

Memang aku dan asben dah rancang untuk ke Kuala Lumpur. Modus operandi ke sana untuk ke Pesta Buku Antarabangsa. Sudah dua tahun berturut-turutlah aku dapat menjejakkan kaki ke PBAKL tu. Seronok tak terkira.

Bertolak dari Melaka jam 10 pagi. Kami menuju ke Seremban sebab nak naik tren sahaja ke PWTC. Lebih mudah. Tak perlu bersesak-sesak nak cari parking bagai kan.

Bergambar dengan anak teruna. Tembamnya pipi aku.

Sampailah kami di stesen keretapi Seremban.

Bersiap sedia untuk menaiki tren.

Dari Seremban tren tak berapa ramai orang lagi.

Asben snap gambar aku dan anak-anak.

Sampai sahaja di PWTC kami mencari kedai makan dulu untuk mengisi perut. Masing-masing sudah kelaparan.


Makan nasi ayam.

Sampai sahaja di PWTC bergambar di luar dulu. Harus titipkan kenangan.

Antara gambar yang dapat asben ambil di tengah-tengah manusia yang begitu ramai.

Tengok cara menulis khat.

Selesai membeli. Itu pun tak pusing habis. Kita orang naik sampai tingkat dua aje. Sudah kehabisan tenaga. Memandangkan banyak lagi tenaga yang masih diperlukan untuk sampai ke Melaka jadi setakat itu ajelah. Itu pun sudah berplastik-plastik di tangan. Adriana duduk kepenatan.

Mamat ni steady je.

Dari PWTC ke Mid Valley. Konon nak makan aiskrim Magnum tapi ramainya orang. Sudahnya kita orang makan ais krim McD aje. Kemudian ambil tren dari Mid Valley balik ke Seremban.

Sampai Seremban singgah makan dulu sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Melaka. Memang sudah sampai masanya perut minta diisi.

Inilah hasil rembatan di PBAKL. Kali ni aku tak beli novel pun cuma beli buku kolaborasi 50 orang penulis menulis cerpen. Itu sahaja kisah kami empat beranak berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015. Semoga diberi peluang untuk sampai ke sana lagi pada tahun depan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



1 comment:

ibuayu said...

acara tahunan yg memang ditunggu2...sawan rasa bula gi pesta buku..murah2 harganya hehe