Tuesday, May 5, 2015

Aktiviti Berkayak

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Entri kedua menyusul untuk hari ini. Masih entri berkisarkan kisah keluarga aku. Kisah cuti panjang tempoh hari selama empat hari tu. Empat hari berturut-turut tak duduk di rumah. Cuma semalam agak slow sedikit kita orang cuma keluar waktu petang sebab anak-anak ajak pergi jogging. Berjiwa kesukanan kan anak-anak aku tu. Walhal maknya alergic bab-bab sukan ni.

Ahadnya lepas balik dari kenduri kawin, entrinya di SINI. Asben ajak singgah di MITC. Ada pameran perabot dan juga barang-barang sukan. Jalan lagi kan. Cuci-cuci mata aje. tak membeli apa pun. Selesai di MITC, kita orang ke Mydin pula. Nak beli barang. Selesai di Mydin asben ajak singgah di tasik dekat Ayer Keroh. Situ memang tempat orang beriadah dengan pelbagai aktiviti.

Akhirnya asben ajak berkayak. Aku? Memang taklah nak berkayak. Takut ye. kalau bagi percuma pun memang aku tak teringin. Jadinya asben dan anak-anak saja yang berkayak. Aku duduk dekat darat aje. Hehehe...

Semangat bapak dan anak-anak ni.

Kakak dan adik yang beria nak berkayak. Baguslah jangan ikut mama yang penakut ni.

Seronok tengok anak-anak.

Adriana kerjanya asyik melambai aku je. 

Selesai berkayak. Seronok dua beradik ni. Datang kat aku kata "mama, best kayak." Ammar siap cakap dia tak takut pun. Eksen mamat tu. ^____^  Itu sahaja entri untuk petang ini. Bersambung dengan entri lain. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments: