Monday, June 2, 2014

~Meniti Angka 31 Tahun~

Teks : Fyda Adim
Foto : Mini Ipad & Carian Google

Assalamualaikum...^_____^

Selamat pagi semua.  Selamat pagi isnin.  Semoga tidak ada yang diselubungi isnin biru! Hari ini aku mahu gembirakan hati kerana hari ini adalah hari yang paling bermakna buat diriku.  Hari ini adalah ulangtahun kelahiran aku dan maka dengan ini aku sudah pun genap ke satu lagi angka iaitu 31 tahun.  Iye, sudah tua kan? Tak sangka masa begitu cepat berlalu.  Dari seorang bayi, kanak-kanak, remaja, isteri orang dan kini sudah pun menjadi emak pada dua orang anak.

Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk merasa nikmat kehidupan di muka bumi ini.  Masih lagi diberi kesempatan untuk merasa kehidupan bersama suami serta anak-anak.  Syukur kerana masih diberi peluang untuk membaiki segala kesilapan di dalam diri yang secara sedar mahu pun tidak.

Sepanjang 31 tahun ini banyak yang sudah aku lalui.  Suka duka dalam kehidupan.  Dan dugaan yang paling berat apabila berlaku sesuatu kepada diriku.  Biarlah dugaan itu menjadi sejarah dalam diri aku.  Semoga aku menjadi lebih kuat pada masa-masa akan datang.  Janganlah disebabkan sesuatu perkara yang tidak baik, kita ragut semua yang ada dalam diri kita.  Simpan sedikit rasa sayang pada diri kita.  

Ini gambar aku dua hari sebelum ke usia 31 tahun.  Pesanan untuk diri sendiri semoga aku diberikan kesihatan yang baik untuk membesarkan anak-anak aku.  Semoga aku lebih tabah dan menjadi seorang yang lebih kuat jika diuji.  Sabar adalah kuncinya.  Semoga dengan pertambahan umur ini akan lebih mematangkan diri.  Melangkah ke angka baru sudah semestinya dengan satu pengharapan.  Mengharap akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. 

Hah! Ini bukan aku kata.  Aku dapat kat encik google.  Penyedap hati ini.  Hehehe..."Wanita cantik sempurna pada usia 31 tahun."

Hah up lagi sekeping gambar aku.  Cantik ke? Ommaiiiigod! Dalam gambar cantiklah, cuba tengok depan-depan.  Pengsan! Senyuman itu menandakan betapa gembiranya hati ketika itu. Nantikan entri mengenai gambar-gambar aku ini.  Kemudian ye.  Sekarang sedang gigih draft entri itu.  Itu sahaja kisah aku yang sudah pun genap usia 31 tahun hari ini.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                                      


4 comments:

sueada said...

akak umo 31 tapi nampak muda lagi. macam umo 28. :)

LYAfrina said...

alhamdulillah..
selamat ulangtahun ke 31...
smoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki n dipermudahkan pjlanan hidup..

AMIIZAA said...

tetap comel dan cantik sprt usia 21tahun :):)

adianiez AIDA said...

cantik...
sape kata fida x cantik?!