Pages

Thursday, June 19, 2014

~Menghadiri Bengkel Penulisan Perjawatan~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...^____^

Selamat pagi semua.  Salam khamis untuk semua.  Pembuka bicara untuk hari ini.  Entri pagi ini qdalah daripada cerita minggu lepas.  Khamis lepas aku ke Seri Negeri menghadiri bengkel penulisan perjawatan.  Ala-ala macam nak jadi penulis pula.  Bengkel ini diadakan selama sehari sahaja.  Jadilah untuk memenuhkan kursus aku yang masih lagi belum cukup tiga hari.

Aku menghadiri bengkel ini bersama dua orang officemate.  Pagi tu aku jemput mereka di  pejabat dan kami pergi sama-sama ke Seri Negeri. Marilah aku kongsikan beberapa keping gambar semasa aku di sana.

Taklimat diadakan di dalam bilik Kesidang.

Ada beberapa dokumen yang diberikan di dalam sampul kecil ini.

Dapatlah aturcara bengkel untuk hari itu.

Antara kerja-kerja yang dilakukan adalah untuk menaip senarai perjawatan.

Dan tengahari itu, inilah lauk yang dihidangkan untuk peserta-peserta bengkel.  Sedap!  Itu sahaja entri pagi ini.  Bersambung lagi.  Sekian dan wassalam.

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                         

No comments: