Pages

Thursday, June 30, 2011

~Jadi Bos Kena Garang Ke??~

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Seperti biasa entry diautopublished yea sebab terlampau banyak komitmen.  Bila di rumah tue memang tak dan nak mengupdate blog nie.  Tapi perasaan nie melonjak2 untuk menulis di sini walaupun kadang-kadang terasa Syok Sendiri menulis di sini sebab memikirkan ada ke yang baca blog aku nie..hua hua hua.  tak apalah ini sebagai diari kehidupan aku dan sebagai ingatan untuk diri aku sendiri.

Berbalik kepada tajuk di atas, aku pun tak tahu apa yang sepatutnya aku letakkan sebagai tajuk.  menulis entry hari ini sekadar untuk melepaskan geram ke atau untuk meluahkan perasaan aku??rasanya lebih kepada meluah perasaan aku sendiri.

Kisah di ofislah, kadang terfikir jadi bos nie muka kena jadi garang ke atau memang lumrah muka dia memang garang cam gitu??dahlah susah nak senyum. satff pun jadi takut pulak nak bertegur. Mungkin sebab jawatan dia tinggi dari kita buat dia jadi macam itu ke?


Setakat nie kat ofis aku belumlah ada bos yang macam gambar di atas tapi cukuplah dengan yang ada sekarang nie.  hehehe.  Macam-macam nak dilayan.  Bos perempuan dengan bos lelaki yang mana lebih cerewet erk??Tengok bos jugak kot.  Tapi ada jugak bos yang sporting tapi janganlah sampai kita pulak yang mengambil kesempatan.  Tak semua bos yang sebegini.  Nasiblah bos tue di bahagian lain.  Jadi tak perlulah ambil kisah sangat janji bos bahagian aku OK...:-)


Orang bawahan selalu berada di situasi macam nie ke kalau bos garang??hehehehe
kalau dapat bos garang semangat nak kerja pun hilang.  Asyik perlu berdepan dengan dia jea. Biasalah bos kan???

Note>>Entry tanpa apa-apa tujuan...

No comments: