Tuesday, June 28, 2011

~Dari Dapurku : Nasi Tomato~

Salam...
Kali nie entry pasal masak-memasak.  Hari sabtu lepas tetibe aku teringin nak makan nasi tomato.  tengok bahan-bahan pun ada jadi aku pun memulakan acara masak-memasak di dapur walaupun masa tue aku bertiga di rumah sebab asben aku keje.
Walaupun duduk dengan adrianammar jea aktiviti memasak aku berjalan dengan lancar walaupun keadaan ada sedikit agak kelam-kelibut.hehehe...
Adriana aku ajak sekali ke dapur sebab aku tak boleh tinggalkan berdua dengan ammar di hall.  ada pulak aktiviti dia mendodoikan adik dia berlaku.  Sebab pernah sekali ammar dah duduk dalam car seat.  ntah macam mana adriana angkat adiknya aku pun tak tahu...
Sangat-sangat mengujatkan diri aku.  adriana dengan selamba kata nana letak adik dalam car seat...

Ok berbalik kepada tajuk di atas, jom kita layan gambar jealah..Acar jea aku tak buat...Lauk yang lain dalca daging dan ayam masak merah.
Makan jealah lauk yang ada..dapat masak nie pun dah cukup elok..hehehe

Inilah hidangan kami sabtu lepas
Nasi Tomato
Ayam Masak Merah
Dalca Daging

RESIPI NASI TOMATO :
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
Minyak sapi
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga

2 ½ cawan air
2 kuntum bunga cengkih
Kulit kayu manis
2 cawan beras
¾ cawan tomato puri
2 sudu besar susu cair
Kiub ayam
Garam

Cara-caranya :
Panaskan minyak sapi kemudian goreng bawang besar, bawang putih, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih sampai wangi dan bawang kekuningan. Kemudian masukkan tomato puri.

Di periuk nasi masakkan beras yang telah dibasuh dan disukat.  Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah ditumis ke dalam periuk.  Tuangkan susu cair, masukkan kiub ayam dan peas.

RESIPI AYAM MASAK MERAH :
1 ekor ayam (digoreng separuh masak)
Bawang Merah*
Bawang Putih*
Halia*
Serai*
Cili Kisar
Sos Cili
Sos Tomato
Garam
*Dikisar

Cara-cara :
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan 1 cawan air. Ayam goreng, sos cili, sos tomato, garam dan gula. Masak hingga ia pekat. Bila sudah pekat, taburkan kacang peas. Tutup periuk dan matikan api.

Sekian, dari dapurku...hehehe

1 comment:

Ya ALya said...

confirm sedap kan........