Saturday, January 8, 2011

~ApenIdariana Anniversary GIVEAWAY~

*Entry melekat sehingga 08/01/2011*
scroll down for latest entry

Giveaway yang dibuat sempena anniversary kami yang ke-4 tahun...
Bermula dari hari ni, 30/12/2010 sehingga 08/01/2011


Syarat-syarat:

1) Jadi follower blog-blog ini :

2) Copy & paste banner ke entry & sidebar beserta link

3) Senarai blog-blog ini ke dalam bloglist anda

4) Tajuk Entry : ApenIdariana Anniversary GIVEAWAY

5) Linkkan entry anda ke entry ini

6) Contest bermula 30/12/2010 dan Tamat pada 12 tgh malam 08/01/2011

7) 3 org yang bertuah akan dipilih melalui cabutan bertuah..

8) Pemenang cabutan bertuah akan mendapat hadiah MISTERI...

Senangkan? So apa tunggu lagi...

Jom join!


Friday, January 7, 2011

~Saya Selalu Lupa Buat Homework~

Salam..tajuk di atas macam budak sekolah jea kan??hehehe....bila da masuk kandungan 7 bulan mulalah nurse bagi homework kat kita.  Da kena buat carta pergerakan anak....Aku da pun mula mengira pergerakan baby..Bila cukup 10 pergerakan kena tanda...kadang-kadang bila dekat ofis da leka buat kerja sampai terlupa nak kira.  tapi kita masih boleh agak baby aktif atau tak kan??

kadang aku agak-agak jea tanda bila da terlupa..kalau pergerakan kurang daripada 10 sampai pukul 9.00 malam, nurse pesan suruh pi hospital yea..
Inilah hasil kerjaku...Mengira pergerakan baby yang telah aku lakukan..
kenalah buat sampailah bersalin yea...

Note>>Barang-barang untuk dibawa ke hospital belum kemas pun...da kena ke??
da lupalah bila boleh kemas..

Wednesday, January 5, 2011

~Set Mana Yang OK Dan Menjadi Pilihan~

Salam semua..petang-petang baru boleh nak update blog nie sementara tunggu asben aku datang amik aku di ofis yea..Al-maklumlah aku kan tak berani nak drive.  kalau berani drive da lama aku pecut balik umah sendiri..tak payah tunggu-tunggu.

oklah berbalik kepada tajuk aku di atas, aku sedang memikir-mikirkan set bersalin mana yang OK untuk aku gunakan ketika masa berpantang nanti?Ada sesiapa yang boleh memberi pendapat kepada aku?

aku nak cari set bersalin yang bagus, menjimatkan dan berkesan bile aku menggunakannya.  masa aku berpantang anak 1st dulu aku gunakan set bersalin Sendayu Tinggi..tapi yang menjadi kelemahan pada aku ubat jamunya banyak sangat.  lagi satu bila aku start makan jamu tue tak sesuai dengan aku sebab badan aku jadi gatal-gatal.  so, ubat tue tak abis makan pun..aku just guna minyak dan rempahnya saje..da kira membazir jugak aku masa tue.

Ini antara set bersalin yang dicadangkan oleh kawan-kawan yang aku mintak pendapat mereka.  tapi kalau sendayu tinggi aku tak boleh guna da..memang tak sesuai dengan aku..

Sendayu Tinggi
Mustika Ratu
Tropical Herbs Amway
Nona Roguy
Image from google

Pening gak bila nak buat pilihan nie..tak tahu nak pilih yang mana?  apa yang pasti aku nak beli set bersalin yang bagus, berkualiti, harga pun biarlah yang murah dan menjimatkan mengikut budget dan kemampuan aku...aku ada jugak tertarik dengan 2 produk bersalin nie bila aku baca testimoni mengenai produk tersebut tapi masih lagi dalam proses pemilihan.

aku harap pada sesiapa boleh membantu...aku nak yang biarlah kita guna kita mendapat kepuasannya.  jangan nanti beli mahal-mahal tapi kita tak puas hati kan??biarlah kita beli yang bagus untuk tubuh badan kita sihat sepenuhnya luar dan dalam..

Note>>Tak suka kalau bab-bab nak kena buat pilihan...

Tuesday, January 4, 2011

~Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya~

Jom Baca Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya...

Tajuk Buku : Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya
Pengarang : Kumpulan Penyusuan Susu Ibu WP Putrajaya dan Kuala Lumpur
Bil. Muka Surat : 54ms

Aku beli buku nie 2 bulan lepas rasanya.  aku beli secara online di EnjoyBreastFeed.  Harganya pun tak mahal.  Cuma RM10 jea.  Ini sebagai panduan bagi aku untuk cuba fully bf kan 2nd baby aku nie..  Sejak pregnantkan 2nd baby nie aku memang menanam azam untuk cuba fully bf kan 2nd baby aku nie.

Dulu masa adriana sempatlah bf tapi tak lama sebab kurangnya ilmu mengenai bf nie..kesian adriana..kadang memang rasa terkilan.  Maafkan mama yea..Jadi for the 2nd baby memang aku menanam azam untuk memberi fully bf...InsyAllah...mudah-mudahan semua berjalan dengan lancar..apa yang penting aku perlukan sokongan sepenuhnya daripada asben dan keluarga.

Cover depan
Cover belakang

Ini antara muka surat yang terkandung di dalam buku tersebut...Sebagai permulaan untuk aku bolehlah dijadikan panduan serba sedikit mengenai dunia penyusuan susu ibu ini...
Terdapat pelbagai panduan penyusuan susu ibu yang terkandung di dalam buku ini.  Antaranya adalah :

1)  Penyusuan Susu Ibu
2) Latihan Memerah
3) Panduan Am Cara Menyimpan Susu Perahan
4) Cara Memberi Perahan Susu Ibu

So, pada sesiapa yang baru nak mengetahui mengenai panduan penyusuan susu ibu ini boleh cuba untuk dapatkan buku ini sebagai panduan.  Apa yang aku harapkan supaya aku berjaya dalam misi aku kali nie..Aku sangat teruja bila tengok ibu-ibu yang dapat mengumpul stok-stok susunya.  sekarang nie aku memang rajin surf internet untuk mencari maklumat mengenai bf nie..tanya kawan-kawan yang bf kan anak-anaknya.  ada jugak di kalangan blogger yang menjadi sumber inspirasiku..sekarang nie aku kerap bertanyakan kepada Mai mengenai bf nie sebab sekarang dia pun sedang bf kan anaknya...Time kasih yea mai kerana sudi menjawab kepada segala persoalan saya..apa-apa pun terima kasih di atas bantuan kengkawan semua...Kalau ada kawan-kawan yang mahu berkongsi pengalamannya pun saya amat seronok sekali.

Note>>Kalau ada salah saya menulis mengenai bf nie harap dimaafkan yea..
saya budak baru belajar..

Monday, January 3, 2011

~Belum Ada Idea Nak Letak Nama Apa~

Pejam celik tinggal tak sampai 2 bulan lagi aku akan bersalin...rasa nervous dan takut mula menguasai diri ini.  da pernah rasa sakit bersalin.  dok pikir macam-macam..macam mana nanti nak meneran?boleh ke aku nie meneran?yelah dulu masa bersalinkan adriana aku vacuum sebab da tak larat nak meneran...ngee ngee ngee...

bila fikir-fikir balik aku dan asben belum fikir pun lagi nama untuk our 2nd baby nie...nak bagi nama apa yea??buntu pulak dok fikir nama nie...yang pasti namanya mesti mula dengan MUHAMMAD since kita orang da tahu baby nie baby BOY...

nanti mesti jadi macam kes adriana..nama NUR ADRIANA QISTINA bukan nama yang aku dan asben listkan panjang berjelar di dalam kertas..tuelah nama yang terpacul bila adriana kuar...tengok muka jea terus bagi nama tue..tapi nama Qistina memang asben aku yang beria-ia nak letak..sampai gaduh2...hehehe...pada mulanya dapat gak tentangan dari orang tua..yelah dia orang kata susah nak sebut nama QISTINA tue..



Nie ada beberapa nama yang kawan aku, JUE tag dekat fb...
akak pinjam yea jue...




Jomlah pilih nama anak bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan anak...

Seperti yang kita tahu, nama itu penting sebab nama itu adalah identiti dan nilai diri bagi seseorang.  Kita harus memilih nama yang baik-baik untuk anak-anak kita.  Disunatkan memberi nama anak pada hari ketujuh kelahirannya. 

Saya ada search mengenai pemberian pemberian nama ini yang menerangkan

"Pemilihan nama yang baik untuk anak-anak adalah merupakan satu perkara yang amat penting. Ia adalah antara perkara yang mulamula diberi perhatian bagi anak yang baru lahir, malahan sejak ia masih dalam kandungan lagi, para ibu bapa sudah mencari dan memilih nama yang akan diberikan kepada anak yang bakal dilahirkan.

Islam mengambil berat tentang nama yang akan dipilih untuk anak yang baru lahir kerana ia mempunyai nilai yang tinggi di sisi agama dan kehidupan seseorang.

Nama merupakan simbol khusus yang dapat membezakan seseorang itu dengan orang lain. Dengan nama itu dia akan dikenali, dan dengan nama itu jugalah dia akan dipanggil pada hari kiamat kelak. Selain perkara-perkara sebagaimana di atas, nama juga dapat mempengaruhi keperibadian atau mencerminkan sifat orang yang empunya nama. Ini kerana besar kemungkinan berlaku penyesuaian antara nama dan keperibadiannya apabila seringkali namanya itu disebut ketika memanggilnya.

Mempunyai nama yang baik juga akan menyebabkan seseorang itu timbul rasa malu untuk melakukan sesuatu yang boleh memburukkan namanya yang baik itu. Dan dari rasa malu itulah, ia mampu menyedarkan dirinya untuk terus berusaha memperbaiki akhlak dan keperibadiannya kepada yang lebih baik lagi dari sebelumnya, agar namanya yang baik akan terus terjaga sampai bila-bila.

Oleh yang demikian, pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud atau makna yang baik, agar peribadi anak tersebut bersesuaian dengan nama yang diberikan kepadanya."
(sumber daripada halaqah.net)

Apa yang pasti biarlah nama itu senang nak sebut dan mempunyai makna yang baik....setakat nie nama yang aku nak pangkal A...

Mungkin aku akan letak Muhammad A..... Q......
( macam kakaknya Adriana Qistina)

Macam-macam nama baby boy yang bermula dengan huruf A nie...

Aiman - yang bertuah, keberkatan
Aqil - belajar, terpelajar
Ammar - yang memakmurkan, yang kuat iman
Alif - yang rapat
Adam - nama nabi, ikutan, teladan
Afiq - yang mulia

Pening gak nak fikir nie...tak pe ada masa lagi...misi mencari nama nie harus dipergiatkan lagi...ada sesiapa yang boleh bagi idea...

Note>>Kena tengok muka baby baru dapat idea kot...


~Malam Tahun Baru Di MIBC~

Jumaat lepas iaitu malam tahun baru kami just melepakkan diri di MIBC...Melaka International Bowling Centre...Adik ipar aku ajak main bowling..tapi tak cukup korum..abg ipar dan adik ipar aku yang no 4 tak ada..aku cuma follow jea..main idakler...ada aku terberanak plak..hehehe...

yang pi just my MIL, biras aku dan adik ipar aku.kami yang perempuan2 idakler main.  just memberi sokongan jea..malam tue punyalah ramai orang..lagi pun masa tue ada tournament..itulah yang ramai..

Jom layan gambar....
permandangan dari luar
adriana yang penuh semangat
kami just duduk2 saje...
tengoklah perutku yang bulat seperti bola bowling
tengoklah aksi suamiku
adriana dan neneknya
inilah adik adriana...adriana yang cakap..
dia panggil adik alya..beza setahun daripada adriana..
tapi nampak adik lagi besar daripada kakak..
aku dan birasku...
alya dan mamanya
inilah family sebelah asbenku
adriana+alya..

Dia orang main 2 game..berjanggut nak tunggu..kita tak main jadi agak kebosanan menunggu dia orang abiskan permainannya..suruh adriana angkat bola bowling dia jawab "tak nak bola berat"...

Note>>Bila nampak orang main bowling teringat masa zaman sekolah selalu main bowling..sekarang segan plak nak main...nanti bola asyik masuk longkang jea..