Monday, January 7, 2013

~Petang Jumaat Yang Mencabar~

Assalamualaikum...^_______^

Selamat pagi isnin.  Mulakan hari ini dengan senyuman.  Senyum itu adalah sedekah.  Jangan masam muka ok walau macam mana pun mood anda.  Pagi nie mood aku ok jea dan yang paling best hari ini my bff, Kak Nisah sudah start kerja.  Dia yang start kerja aku yang bersemangat.  Sebabnya ada kawan sorang lagi untuk berbual-bual.  Kak, kumpulkan semangat untuk mulakan hari ini setelah 90 hari meninggalkan pejabat ini.  Heeee.  Bagi semangat kat dia.  Harap-harap dia bacalah yea..

Ok, pagi nie aku nak ceritakan kisah jumaat yang snagat mencabar.  Bagi aku mencabar, tak tahulah kalau korang baca dan terdetik dalam hati berkata eleh, tak mencabar langsung!!Pendapat masing-masing ok.  Bagi aku yang amatur nie memang sanga-sangat mencabar.

Kisahnya macam nie, jumaat petang tue lepas jemput nana di transit aku terus ke rumah mak aku nak amik ammar pulak.  Tengok langit dah mendung-mendung gitu.  Sampai rumah mak, datang rajin aku nie mandikan ammar dulu.  Settle mandikan ammar, hujan pun turun.  Masa tue tak lebat lagi.  Mak aku pun dah kelam kabut "Long, pegi balik dulu.  Nanti lagi lebat."  Aku apalagi bergegas kemas-kemas barang dan arahkan anak-anak aku cepat naik kereta.  Mak aku kata lagi "Boleh tak drive hujan macam nie."  Aku jawab "Boleh mak."  Tuelah eksen lagi jawab tue.  Aku tak adalah hujan selebat itu kan.  Sebab area rumah mak aku tak berapa lebat.

Aku pun terus undur kereta dan meneruskan perjalanan yang tak berapa nak jauh dari rumah mak ke rumah aku.  Sekalinya hujan makin lebat.  Aku masih meneruskan perjalanan aku.  Anak-anak yang duduk di seat belakang behave aje.  Aku dah siapkan kudap-kudapan buat ammar.

Sampai di area Hotel King's kereta dah slow aje.  Aku ingatkan sebab hujan jalan jem.

Hujan yang turun bagaikan mutiara.  Tetibe teringat lagu nie, teringat mira mokhtar.  Hahaha.  Ada kaitan?Dia saja yang tahu lagu nie.

Tersangatlah jem.  Dalam fikiran nak cepat sampai umah, teringat kat laki kat rumah sorang-sorang.  Heeeee.  Rupanya kat depan tue tak boleh lalu sebab banjir dekat-dekat nak sampai jpj.  Banjir ke?Air naik jealah kot.  Aku follow lagi sekali tengok semua kereta undur dan u-turn balik.  Aku apalagi tanpa membuang masa terus u-turn.  Masa nie dah cuak dah bila aku tengok kereta depan bagi signal suruh undur.  Hah, gigil kejap kaki aku.  Ok, relax!Aku nie cepat darah gemuruh.  Heeee.

Selamat u-turn di depan hospital pantai masa nie.  Masa nie tetibe tak tahu nak balik rumah macam mana.  Siap terfikir aku nie nak lalu mana nie?Teringat nak balik rumah mak pun ada gak.

Anak-anak sampai tertidur.  Tengoklah ammar.  Aku toleh dua-dua tidur.  Nasiblah dia orang tidur boleh maknya concentrate.  Kalau tak lagi haru.

Adriana dah bangun.  Lama sangat perjalanan tak sampai-sampai.  Makan dululah nak.

Aku pun makan cornflakes nie.  Dok menghadap jem, perut pun lapar.  Nasib ada bekalan.

Nana layan cite apa ntah.  Janji dok diam.

Kesian ammar.  Tidurlah dulu.  Sampai rumah nak bangun, bangunlah.  Akhirnya aku pusing lalu ikut kat ayer keroh setelah mendapat petunjuk nak lalu mana.  Pusing balik lalu dekat opis.  Itu pun risau takut kat situ air naik.  Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Alhamdulillah.  Sudah selamat sampai di kawasan taman.  Ini aku lalu shortcut ikut bukit katil damai.  Tak larat nak tempuh jem kat traffic light depan tue.

Hujan memang lebat lagi masa nie.

Air longkang sampai melimpah-limpah.  Aku suruh nana keluarkan kamera. :D

Akhirnya selamat sampai rumah.  Lega rasa hati ini.  Asben dah siap bukakkan pintu gate.  Sebelah sana memang naik air.  Dekat sebelah depan rumah aku, area rumah dia orang air naik.  Nasib rumah aku nie tinggi sikit.

Tengok air longkang dah penuh.

Air longkang luar rumah yang sudah penuh.

Sampai rumah jea terus amik nasi untuk makan.  Punya laparlah.  Asben off day dia dah siap masak.  Asben masak sambal dengan sayur.  Kuah lemak ikan patin tue opismate asben bagi.  Aku balik makan jea.  Heeeee..

Sekian cerita untuk jumaat yang lepas.  1st time hadap benda tue sendiri memanglah sangat mencuakkan hati.  Apa-apa pun kena hadap jugakkan. Peace yo!!








                                                                                                                     

Sunday, January 6, 2013

~Layan AJL~

Assalamualaikum...

Barulah dapat update blog.  Semalam tak berkesempatan sebab busy dari pagi sampai ke malam.  Lepas tue aku naklah update tengah-tengah malamnya tapi line internet buat hal.  Sesiapa yang guna streamyx ada masalah macam aku tak?Tension betul malam tadi bila line internet buat hal.

Oklah, malam nie ada rancangan AJL yang ke 27.  Mohlah kita layan AJL nie dan tengok siapa yang akan menjadi juara lagu yang ke 27.

Habis AJL nie barulah nak iron baju kerja dan baju sekolah untuk adriana.  Tak adalah esok kelam kabut.  Kemas beg tadika nana, beg transit dia dan juga beg untuk ammar.  Aduh, sangat malas bila esok isnin!







                                                                                                                     

Friday, January 4, 2013

~Pagi Yang Gelap~

Kini sudah terang.  Memanglah dah terang sebab sudah petang.  Kejap lagi sudah mahu pulang.  Oh sabar menanti untuk pulang.  Kerjaan aku balik nie mahu menjemput anakanda di transit dan sornag lagi di rumah mak.  Kesian ammar sekarang kat rumah kawan dengan atok dan nenek.  Kakak dah pegi sekolah, petang baru jumpa.  Tak apa nanti 4 tahun baru pegi tadika ok.  Sekarang belum masanya.  Rasailah zaman kanak-kanak dulu.

Pagi tadi sudah mula rutin harianku sebagai supermama!  Memang havoc jugak pagi tadi.  Being a supermom memang sangat-sangat mencabar.  Uruskan anak-anak di waktu pagi yang kita belum jangka moodnya macam mana.  Tuelah dah 2 hari duduk di zon selesa sebab asben off day dan sekarang tugas itu aku yang pikul.

Bangun seawal 5.30 pagi, menyiapkan diri sendiri dulu.  Malam tadi malas nak iron baju so pagi nie capai jea baju yang tidak perlu digosok.  Dasarrrrr.  Dah siap-siap dalam pukul 6 pagi kemudian kejutkan adriana.  Berdoa dalam hati biarlah mood dia ok.  Sekali dua kejut terus duduk.  Alhamdulillah, anak mama mengerti isi hati mama.  Aku tak naklah naik angin tak tentu pasal pagi-pagi buta nie.  Heee.

Barnag-barang semua dah kemas malam tadi.  Siapkan baju adriana, lepas pakai baju kata nak makan cornflakes.  Letak sikit dalam bekas sebab nak bawak ke sekolah.  Aku pun on lampu bilik tup tup tup ammar terus bangun. 

Ini gambar ammar selepas bangun.  Heee.  Dan-dan maknya amik gambar.  Lepas aku tengok dia bangun aku capailah kamera.

Ammar masih blur.

Suruh senyum pun tak nak.  Apahal pulak mak aku nie pagi-pagi buta nak bergambar.

Jam sudah menunjukkan 6.15 pagi.  Masa nie semua dah siap.  Dah tukar pampers ammar, susu dah buat dan semuanya dah ready.  Anak-anak lagilah dah ready.

Barang-barang sudah diletakkan di depan pintu.

Dah settle loading barang.  Dah pukul 6.40 rumah.  Bersiap untuk bertolak ke rumah mak.

Gelap lagi di luar.  Singgah beli kuih dan bihun goreng.  Adriana nak bawak bekal.  Terus gerak ke rumah mak.  Kena kuar awal sebab nanti mesti jem sebab nak patah balik ke opis lagi.  Aku pulak masuk kerja pukul 8 pagi.  Kang merah pulak punch card. 

 
Keadaan pagi tadi.  Walaupun masih gelap kenderaan sudah mula banyak.

Anak-anak pagi tadi.  Sampai rumah mak dalam pukul 7 pagi.  Pada mulanya aku nak hantar adriana ke sekolah, tapi ayah aku nak hantar.  Ayah kata jem dekat sekolah.  Aku pun pegi kerja dan asben pun balik ke rumah mak aku dari keje malam.  Asben tunggu adriana kat sekolah nak tengokkan adriana macam mana.  Yelah baru 3 hari naklah jugak tengok macam mana adriana di sekolah.

Terang sudah permandangan.  Masa nie dalam pukul 7.20 pagi.  Ini depan sekolah adriana.  Memang sesak.  Aku stuck kat sini tadi dengan depan St. David.  Adoilah..Ayah aku hantar adriana kemudian sebab kelas adriana mula pukul 8.00 pagi.  Kalau aku hantar memang awal sangat dia sampai.  Nasiblah rumah mak dekat, ayah ada nak hantarkan anak aku.  Kalau boleh aku tak naklah susahkan ayah aku tapi ayah aku nak hantar oklah kan.

Itulah cerita havoc aku pagi tadi.  Memang salutelah mak-mak yang uruskan sepenuhnya anak-anaknya sepenuh masa.  Bestnya kan kalau dapat jadi full housewife.  Hantar anak-anak ke sekolah, jemput dia orang, siapkan makanan dia orang.  Tak payah nak risaukan siapa nak jaga anak-anak.  Tapi apa boleh buat, kerja untuk membantu suami mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak juga.  Itu hanya angan-angan mat jenin.  Heeeee.  Sekian.  Byeeeee..








                                                                                                                  

~Waktu Lunch~

Assalamualaikum...

Selesai sudah makan untuk tengahari ini.  Kenyang yang amat.  Dah makan mestilah kenyangkan.  Tadi bukan main lapar lagi sampai beli makan tak ingat dunia.  Lunch tadi nie ingatnya nak pegi tengok adriana di transit tapi sebab macam letih sangat dan ditambah dengan penyakit malas dah menempuh jem itu aku batalkan niatku.  Aku telefon jea cikgu dia tadi.

So tengahari tadi Kak Rehan kata nak ke Mydin.  Aku pun kata nak follow sebab hari nie memang malas betul.  Nak berjalan pun rasa kemalasannya.  Macam mana tue.  Kami pegi ke Mydin berempat saja, aku, mira mokhtar, kak rehan dan cc.  Aku tak masuk dalam pun cuma pusing-pusing cari makan di luar mydin.  Jom tengok gambar yang sempat aku snap tadi.


 Inilah makanan yang kami tapau.

Kami sedang menunggu bonda-bonda di sini.  Aku beli tauhu bakar, otak-otak dan keropok lekor.  Time nie aku dah bedal kopok lekor sampai abis.  Lapar benor gayanya.

Dah siap membeli.  Kak rehan nak beli sabun.  Sabun di bilik mandi, sabunnn.  Opsss...

Mira, apa yang kau renungkan.  Merenung ke Sri Lanka ka?Nyanyi sikit.  Seri Langkat Kuala Tungkal, amboi.  Ada kaitan ke lagu nie?:D Si mira mokhtar jea yang faham.
 
Balik opis bedal lagi.  Hari nie hari lapar sedunia untuk aku.  Makan tauhu bakar abis, keropok lekor abis, otak-otak dah makan 2.  Apakah??Oklah itu saja ceritanya.  Bye...







                                                                                                                     

~Bersangka Baik~

Assalamualaikum...^___^

Alhamdulillah, bertemu kembali jumaat di tahun baru 2013.  Misi serta azam mahu menjadi seorang ke arah positif.  Positif!!!Yeahhh semoga aku dapat mengekalkan azam itu untuk suatu jangka yang panjang.  Tiada lagi emosi, emosi nie dan sebolehnya tidak mahu menjadi terlalu sensitif.  Oh itulah perangai aku yang sukar dibendung.  Cepat nak sensitif dan nak terasa. 

Tapi bak kata bff aku pedulikan kata-kata orang.  Kata-katanya aku terima bila kami berwhatsapp bila masa aku menghantar gambar lipstick pada dia.  Bff kata azam tahun baru ka?Heeee.Lawak tol.  Manalah aku pernah berlipstick bagai.  Nak kena kata dengan orang ke bila nengok aku berlipstick.  Heee.  Tak apalah lupakanlah apa oang nak kata tentang kita.  Tolak ketepi jea dan tak payah ambil pusing.  Nanti diri sendiri tertekan dek kerana nak fikir sangat kata-kata orang.

Sentiasa bersangaka baik pada orang lain.  Kalau dia berkata-kata tue anggaplah mungkin hobinya suka bercakap.  Bersangka baik bukan.  Mungkin dari apa yang dia cakap ada baiknya pada kita.  Siapa tahu kan?Oklah ini sahaja entry untuk pagi ini.  Masih mahu memotivasikan diri sendiri untuk menjadi seorang positif.  Oh iye, pagi tadi aku dah menjadi supermom.  Bangun pagi tadi seawal 5.30 pagi dan keluar rumah jam 6.30 pagi.  Menghadap jem bukan main.  Nanti aku cerita kisah pagi tadi.  Positifkan diri supaya tidak stress.  Sekian.





                                                                                                                      

Thursday, January 3, 2013

~Transit Untuk Adriana~

Assalamualaikum...^-^

Entry kedua untuk hari ini.  Kalau tadi pagi entry aku yang beremosi marilah kita lupakan.  Aku hendak buka lembaran yang baru.  Lupakan ok.  Aku nak cerita mengenai adriana lagi.  Malam tadi aku sempat update mengenai hari pertamanya semalam di tadika barunya.  Semuanya berjalan lancar semalam.  Permulaan hari yang sangat baik.

Mulai tahun ini jikalau tidak ada aral melintang, selepas pulang dari tadika pagi adriana akan ke transit.  Adriana tidak lagi balik ke rumah mak aku.  Sebab apa?Aku tak nak mak aku penat jaga anak-anak aku.  Masa pertama kali aku menyatakan hasrat aku untuk hantar adriana ke transit memang mak aku tak setuju.  Tapi sudah tiba masa mak aku berehat.  Ini pun aku tunggu masa untuk hantar ammar.  Tapi tunggu dulu sebab kesian pulak kat mak ayah aku sebab dia orang jaga anak-anak aku dari kecil.  Lebih-lebih lagi adriana.  Mesti lagi terasa.  Mak aku pun sekarang asyik tak sihat tapi mak aku asyik dok terkenangkan pada cucu-cucunya.

Itulah sebabnya aku hantar adriana ke transit.  Mak aku jaga ammar jealah buat masa nie.  Tak adalah letih sangat dan ammar pun sekarang tengah lasak.  Nak hantar ammar ke taska mak aku kata kecik lagilah, itulah inilah.  Serba salah dibuatnya.

Inilah transit adriana lepas balik tadika pagi.  Cikgu tadika lama adriana yang buat.  Bersyukurlah sangat-sangat bila aku ternampak post cikgunya di fb yang mengatakan dia buat transit di tadika.  Aku memang nak cari yang berdekatan dengan tadikanya sekarang dan dekat area rumah mak aku.

Setelah dibincangkan hal ini, aku dan asben sebulat suara menghantar adriana ke transit.  Kat transit nanti cikgunya bolehlah ajar apa yang patut.  Adalah sedikit aktiviti di sini dan adriana boleh berehat.  Aku pun dah berbincang dengan cikgunya lepas balik tadika pagi cikgunya yang akan menjemput adriana dari tadika dan bawa ke transit.  Adalah sedikit tambahan yuran untuk transport.  Tak kisahlah janji tak kacau waktu kerja aku.

Ini dalam kereta lepas aku jemput adriana dari transit.  Letih betul nie padahal belum belajar pun semalam.

Ammar macam biasa.  Sibuk dengan aktivitinya sendiri.

Yuran transit sudah pun dijelaskan.  Untuk bayaran transit sebanyak RM120 dan bayaran transport RM15 dan jumlahnya RM135.  Alhamdulillah settle lagi satu perkara.  Awal tahun bermain dengan duit saja.  Jadi hargailah duit yang kita ada.  Heeee.  Sekian dulu entry yang mengisahkan hal adriana.  Nanti update lagi dengan cerita-cerita yang lain.  Till then, love AA.