Tuesday, December 11, 2012

~Akaun Nuffnang Mencecah RM100~

Ini entry sebab teruja yea.  Bukan nak show off bagai.  Baru RM100 jea pun.  Kalau cecah empat angka tak apalah jugak.  Ini seratus jea pun.  Kecohnya kau nie.  Hehehe..Aku terujalah sebab ini paling banyak yang aku dapat sejak berblog nie.  

Selalunya paling banyak RM70 aku dah cash out duit tue.  Tapi yang ini aku masih bertahan lagi.  Tak nak cash out dulu.  Nak tunggu sampai cukup bulan nie.  Hati berbunga-bunga.  Aku tahu orang lain dah cecah beratus-ratus dan mungkin beribu-ribu.  Blog aku nie blog biasa jea.  Kalau dah dapat macam nie pun dah cukup bersyukur.  Sekurang-kurangnya adalah hasil daripada aku berblog nie walau aku menulis di blog secara sambil-sambil dan ikut mood.

Dah berangan kalau cash out duit nie boleh pi shopping.  Dapat beli tudung ke, baju ke atau sandal pun ok gak kan.  Kita tunggulah apa hasilnya dengan duit ini.  Itu jealah cerita mengenai akaun nuffnang aku.  Bila nampak amaun yang terkumpul nie semangat sikit nak update blog selalu. :D







                                                                                                                     

~Kejadian Pagi Tadi~

Pagi tadi yang sangat awesome.  Ayat sedapkan hati dan pujuk hati.  Kahhhh.  Pagi tadi sebenarnya sudah berjanji dengan asben nak breakfast sesama.  Yelah kan malam tadi asben keje malam.  So pagi nie naklah breakfast sama-sama.  Macamlah tak pernah pi breakfast.  Ini kekononnya nak makan berdua-duanlah.  Hahahaha...Rupanya asben aku kena masuk kerja lagi siang nie.  

Oklah.  Itu tak kisah lagi sebab yang rabak mata dia bukan mata aku.  Dia boleh bertahan.  Bila dah janji nak breakfast memang aku akan masuk opis lewat.  Suka-suka hati ko jea kan?Alah sekali sekala.  Tapi sebab terjadi suatu kes yang tidak dapat dielakkan makan bertambah-tambah lewatlah aku ke opis dan sesi untuk makan beradap terpaksa dibatalkan.  Uwahhhhhh.  

Nak tahu apa yang berlaku sebenarnya?Kunci kereta asben tertinggal dalam kereta dan sudah terlock pintu.  Bijak tak laki aku pagi tadi.  Kita orang naik kereta berasingan.  Aku mula park kereta nampak asben datang ke arah aku.  Aku cuaklah ingat asben nak kata kereta aku parking tak betul rupanya dia kata jom balik rumah amik kunci spare.  Kunci tertinggal dalam kereta.  Hah!!!!!Adoilah..Nak tak nak kami pulang ke rumah dengan senang hatinya untuk mengambil kunci spare.   Patah balik dari kedai ke rumah dan dari rumah ke kedai dah makan masa setengah jam.  Jam pun dah 8.45 pagi.  Otw nak ke kedai makan tue asben dapat call dari opis tentang lawatan ke apa yang mula pukul 9 pagi.  Memang tak sempat asben nak makan.  Samapi jea kat kedai makan, asben terus rsuhing ke opis balik.  So kesimpulannya, aku pegi ke kedai makan itu dan tapau 2 bungkus nasi lemak.

Ini nasi lemak yang aku tapau.  Sedih punya pasal makan sekali 2 bungkus.  Ko boleh??Aku tak mampu.  Ingat membela ke nak makan banyak nie.  Sebungkus pun belum tentu habis.  Inikan pulak nak makan sekali 2 bungkus.  Aku punya yang ada rendang ayam.

Lagi satu untuk si dia nie.  Akhirnya aku makan beradaplah dengan si mira mokhtar.  Dia siap gelakkan aku.  Jangan gelak-gelak ok.  Ahkak tengah mood sedih.  Dialog si mira mokhtar 'Akhirnya makan dengan aku jugak.'  Macam nie erk tadi ko cakap.  Tetibe lupa pulak ayat ko tadi.  Hahaha...

Cerita selingan, ini beg yang aku kemas malam tadi.  Kan nak tidur rumah mak.  Kenalah bawak baju bagai balik rumah mak kan.  Tapi awak beg macam nak balik seminggu.  Nasib tak kemas macam nak lari rumah.  Itulah kejadian yang berlaku pagi tadi yang berlaku pada aku.  Lain kali boleh breakfast sama-sama dan moral of the story sila jangan cuai!!:D

That's all!
Love...AA
Publish!







                                                                                                                     

~Kaktus-kaktus Comel Aku~

Salam dan selamat tengahari semua.

Korang dah lunch ke?Tengahari ini mari aku sajikan dengan cerita kaktus dan bukan cerita makanan.  Hehehe...Kalau semalam cerita mengenai koleksi fm.  Tengahari nie nak cerita mengenai kaktus-kaktus comel ini.

Kaktus-kaktus yang comel ini hasil kiriman aku daripada mira mokhtar yang ke Cameron Highlands tempohari.  Sebab aku tak dapat ikut rombongan itu maka haruslah aku kirim kan.  Orang lain pi cameron kirim sayur, tapi aku kirim kaktus.  Versi tamak punya pasal sekali 6 ketul aku aku beli.  Ketul ke erk?Hentam sajalah.  Harga untuk 3 kaktus RM5 itu sebab aku suruh beli 6 nak genapkan RM10.

Kaktus ini diletakkan diluar dan ditepi rumah.
 
Dan ini 3 lagi daripada 6 ketul tadi.  Harap-harap hiduplah wahai kaktus.  Aku nie suka bunga tapi selalu mati kalau aku yang jaga.  Harapnya kaktus-kaktus nie tak mati bila dengan aku.  Kalau mati tak taulah nak cakap apa.  Asben yang rajin siram, aku tahu beli jea.  Hehehe..Dasar pemalaslah katakan.  Itulah cerita mengenai kaktus-kaktusku yang comel seperti orang yang membelikan untuk aku.  Sila jangan perasan mira mokhtar.  :D







                                                                                                                    

~Bila Anniversary Dah Dekat~

Salam semua dan selamat pagi selasa.  

Hari ini dah 11 Disember.  Lagi beberapa hari saja lagi ulangtahun perkahwinan kami.  Bila dah dekat nie memang teruja dia lain macam.  Lain macam mana aku pun tak tahu.  Hihihi..Bila dah dekat-dekat nie mesti nak membelek album kawin.

Ini cerita jumaat lepas time dok sorang-sorang kat rumah.  Laki dan anak-anak belum pulang.  So inilah kerjaan aku sorang-sorang.  Tengok-tengok kat rak buku yang terselit sekali album-album kawin.  Itu yang aku tengok balik.  Teringat waktu-waktu indah beberapa tahun lepas saat bergelar raja sehari.  Seronok kan??

Oklah jom tengok koleksi album perkahwinan aku.  Album aku tak banyak pun.  Ada 3 buah jea.  Satu album bergambar di studio, satu album masa majlis di rumah aku dan satu lagi dah tentu-tentu gambar di rumah asben.

Inilah koleksi album-album perkahwinan aku.

Ini album studio.  Masa nie penuh kontroversi nak amik gambar kat studio.  Hehehe..Yelah aku nak amik gambar studio asben tak nak.  Betul ngada-ngada masa tue tak nak amik.  Dan akhirnya aku menang!!!Hahhhhh...Bukan apa sekali jea seumur hidup.  Untuk kenangan kita orang jugak.

Ini pulak album di kedua belah pihak.

Gambar yang telah diedit oleh jurugambar.

Aku puas hati dengan photographer kita orang masa nie.

Gambar-gambar sewaktu majlis pernikahan setelah diedit.

Dan akhir sekali gambar dari album di studio.  Gambar studio memanglah cantik.  Seronok bergambar kat studio nie.  Aku nie memang suka bergambar.  Hehehe..Itulah jadinya.  Laki pulak tak suka bergambar.  Selalu kena paksa dengan aku.  Kesian laki den.







                                                                                                                      

Monday, December 10, 2012

~Layan Terlanjur Cinta dan Adam Hawa~

Salam semua dan selamat malam..

Malam nie layan drama-drama ini.  Seperti biasa selepas makan malam aku dan anak-anak akan melepak, berbaring dan berkuak di depan tv.  Hari ini 1st day asben aku start keje malam.  So pandai-pandailah aku menguruskan anak-anak dan menguruskan diri sendiri.  Hehehe..

Apa-apa pun untuk mengembirakan hati dan menceriakan diri marilah kita menonton drama-drama ini.  Aku jea yang suka tonton.  Korang tengok tak drama-drama nie?Kalau drama Adam dan Hawa aku rasa memang ramai yang tengok.  Drama Terlanjur Cinta nie pun aku tak tengok kat tv episod-episod lepas.  Hari tue tengok kat internet dan seperti biasa aku pulak yang terlanjur cinta dengan drama ini.  Hahahaha..

Drama Terlanjur Cinta nie, ramai pelakonnya yang berlakon Dejavu Di Kinabalu.  Haruslah aku tengok sebab heronya adalah Aqasha.  Antara hero lelaki yang aku suka tengok dia berlakon selain si AA.  Sejak bile pulak aku aku minat kat AA?

Sejak tengok dia berlakon drama Adam & Hawalah.  Memang sweet sangat.  Sudah..jangan nak lebih-lebih.  Kang menyampah orang baca nak-nak kalau orang yang tak suka tengok drama nie.  Macam biasalah di sebalik ramai yang menyukai drama nie ada jugak yang mengkritiknya.  Oklah apa yang penting aku tetap menyokong drama ini sebab aku sudah membaca novelnya.  Dah-dah, mari kita tonton drama-drama ini malam nie.  Layannnnn..

Nota kaki>>>Entry ini tidak bermotif.  Saje suka-suka..





                                                                                                                       

~Koleksi FM Aku~

Hai semua...

Entry kali nie nak cite mengenai koleksi fm aku di rumah.  Fridge magnet yea bukan formula milk pulak.  Hehehe.  Buat lawak pulak.  Serius tak lawak ok.  Minggu lepas aku dapat fm dari seseorang.  Bila aku lekatkan di fridge macam teruja.  Wah..dah banyak fm aku nie.  Ini yang timbul idea nak menulis di sini.  Sebelum nie pernah cite mengenai frigde magnet jugak di SINI.

Selalunya kalau lekat di fridge nie memang akan ada tukar alih.  Kadang fm nie sampai ada di hall yea.  Ada kaki aku rasa fm aku nie.  Hehehe..Kalau tak si kakak yang alih, memang si adik.  Sekarang nie ammar lagilah macam-macam dia dah boleh buat dengan sendiri dan jayanya.  Dia amik kerusi dan di bawak ke dapur.  Lepas tue panjatlah.  Apalagi yang boleh dia buat.  Tahu-tahu hilang jea fm nie kat fridge.  Oklah, jom kita tengok gambar koleksi fm aku.  Aku nie memang gemar kumpul fm nie.  Nak-nak kalau dengar kengkawan yang nak kemana-mana yang aku tak pernah sampai dan mustahil nak sampai ke sana.  Hikhikhik.  Itulah aku suka kirim fm nie.  Jom tengok gambar..

Tadaaaa...Inilah koleksi yang aku ada...Masih ada ruang kosong lagi.  Sekarang kalau lekat tinggi-tinggi pun tak guna sebab ammar memang dah ada akal nak amik kerusi dan panjat.  Tugas aku kutip balik fm tue dan lekatkan balik.  Hahhh, itulah kerjaan aku. :D

Ini antara fm yang kawan-kawan bagi sebagai souvenir.

Ini pulak fm yang aku beli sendiri.  Means, aku dan sampailah kat negeri-negeri nie dengan sendirinya.

Paling teruja fm dari Australia nie.  Ini kawan aku bagi.  Tak dapat kangaroo hidup, dapat fm kangaroo pun jadilah yea.  Terubat jugak kekecewaan aku mengenai Australia nie.  Sedih!!!

FM ini, kawan-kawan asben yang bagi.  Kawan-kawan asben rajin jugak yang bercuti ke luar negara.

Ini fm dari london.  Aku kirim bf anak buah aku pada mulanya tapi dia bagi jea.  Thanks yea.  Itulah kisah mengenai koleksi fm aku di rumah.  Harap dapat kumpul dengan lebih banyak lagi. :D