Pages

Monday, June 4, 2018

Fyda Adim Turns 35!

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Selamat pagi isnin. Aku masih lagi cuti. InsyaAllah rabu akan mula kerja. Adriana masih mc sampai esok. Rehat yang diberikan digunakan sebaik mungkin. Adalah hikmahnya atas semuanya. Semalam aku dikejutkan lagi dengan keberangkatan suami novelis Kak Noor Suraya ke negeri abadi. Ramadhan ini ada tiga berita kematian yang aku terima.

Terkedu lagi lagi dan lagi.

Tanggal 2 Jun 2018, genap umur aku 35 tahun. Alhamdulillah. Aku masih diberi peluang untuk hidup di atas muka bumi ini. Pengalaman hidup telah banyak membuka mata aku untuk aku belajar. Belajar tentang sikap manusia dan juga belajar untuk tidak menjadi seperti itu.

Perkara baharu yang aku belajar, manusia yang rapat dengan kita tidak semestinya akan rapat sampai bila-bila. Silap haribulan dia boleh tikam belakang. Allahu. Hati kecewa usah dicakap. Kadang tak kira keluarga sendiri pun ada juga bersikap begitu. Jadi hati-hatilah. Bila kita berkongsi masalah, biarlah dengan orang yang betul-betul kita boleh percaya. Manusia adakalanya jadikan kisah silam kita sebagai bahan untuk menjatuhkan kita.

Bukan semua orang yang bersimpati dan punya empati tentang masalah kita. Ada yang mendengar di depan namun di belakang ditertawakan. Manusia ini macam-macam. Sungguh. Ada juga yang buat orang tapi lagaknya seolah kita yang buat dia. Ini pun sejenis manusia yang bahaya.

Ada juga yang dulunya kau bukan main anti dekat sekian-sekian polan. Siap bercerita keantian kau tahap maksimum tapi alih-alih kau boleh baik dengan si polan. Ini sejenis manusia yang bahaya juga. Kalau kita buka mulut juga silap haribulan dia boleh jual cerita kau.

Jadi hati-hati ya.

Image may contain: Fyda Adim, smiling
Semoga dengan peningkatan usia ini, aku harap aku semakin matang seiring dengan usia dan semakin bijak mengendalikan masalah-masalah yang mendatang. Aku harap aku dapat jadi seorang mak dan isteri yang solehah. Harapnyalah. 

Maklong aku sambut ulangtahun kelahirannya jugak pada 1 Jun 2018. Selang sehari barulah aku. Satu-satunya makcik yang rapat dengan aku. Dulu maklong aku jaga aku masa sekolah. Sekarang maklong dah tak sihat. 

Maklong sambut ulangtahun yang ke 75 tahun. Aku pula yang 35 tahun. Semoga maklong diberikan kesihatan yang baik. Amin.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim