SUKA ENTRY DI SINI???

Wednesday, March 4, 2015

~Rutin Mingguanku Kini~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Sudah menjengah ke hari rabu. Pantas sungguh masa berlalu. Menjalani kehidupan harian yang sama hingga masa yang meninggalkan berlalu tanpa kita sedari. Hari bekerja memang seharian suntuk di pejabat, balik rumah menguruskan pula hal rumah tangga.

Sekarang rutin mingguanku bertambah. Sedikit bertambah. Dek kerana terlalu minat dengan hobi yang satu ini, aku terima 'offer' daripada seseorang. Bos aku tempah 100 biji cheesetart setiap minggu. 100 je kut. Bolehlah daripada masa terbuang begitu. Bolehlah mengisi masa senggang walaupun tak berapa nak senggang sebenarnya. Tapi alhamdulillah, asben banyak membantu.

Ini cerita minggu lepas. Buat lebih sebab ada orang lain order.

Setelah dibakar.

Bila sudah siap dipacking begini, terasa senang hati. Berjaya juga siapkan! Lega rasanya hati. Itu sahaja entri pagi ini. Nanti menyusul dengan cerita yang lain pula. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



1 comment:

adianiez AIDA said...

tahniah!!!
skit skit bisnes. nanti boleh amik order skala lebih besar!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart