SUKA ENTRY DI SINI???

Friday, March 6, 2015

~Cerpen Setulus Kasih Di Majalah Mingguan Wanita~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang semua. Tengahari ini rehatnya panjang tetapi aku tidak ke mana-mana. Berbual dengan Mira Mokhtar sambil bergelak tawa bagaikan setahun tidak ketemu. Cerita kisah dulu-dulu hingga mencetuskan gelak tawa antara kami berdua. Bila diingatkan balik kisah dulu-dulu tu memang kelakar. Dalam pada kami bercerita ada juga kami selitkan cerita-cerita lain.

Okeylah, berbalik kepada tajuk di atas. Aku sudah dimaklumkan melalui emel bahawa cerpen aku akan tersiar dalam Majalah Mingguan Wanita. Hati bergolak riang tatkala mendapat kiriman emel tersebut. Penulis picisan macam aku ni dapat emel begitu memang keterujaannya melampaui batas. Hahaha...

Beberapa kali aku ulang baca emel tersebut. Antara percaya atau tidak. Itu adalah cerpen pertama yang aku tulis yang aku dapat ilhamnya semasa aku adakan kejutan hari lahir buat suami pada suatu ketika dulu. 

Alhamdulillah, cerpen itu telah pun tersiar di dalam Majalah Mingguan Wanita Bil 1633. Majalah tersebut sudah pun berada di pasaran. Pembuka Mac yang manis buat diriku.

Ini covernya.

Inilah yang dinanti-nanti. Terima kasih pada pihak Mingguan Wanita yang sudi memberi peluang menyiarkan nukilan aku yang tidak seberapa ini. Pada sesiapa yang ingin membaca nukilanku bolehlah dapat Mingguan Wanita.

Terima kasih pada insan-insan tersayang yang sentiasa memberi semangat untuk aku terus menulis. Semoga ada ruang untuk aku terus berkarya. Semoga dipermudahkan. 2015 suatu permulaan yang manis. Di sebalik kedukaan pasti akan hadir kegembiraan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



2 comments:

Nadirah Mohamad said...

Tahniah Fyda!!! Boleh Nad pergi cari majalah wanita tu nanti hehe

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wah tahniah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart