SUKA ENTRY DI SINI???

Wednesday, July 16, 2014

~Random Entri Iftar Di Luar~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum....

Selamat petang semua.  Salam 18 Ramadhan.  Hari ini baru bersiaran menulis blog.  Semalam ketiadaan mood mahu menitip di sini.  Entah kenapa.  Fikiran diganggu jiwa kacau.  Entahlah.  Semoga cepat-cepatlah perasaan sebegini pergi dari dalam diri.  Tidak menganggu kehidupan harianku.

Ini pun paksa diri menulis.  Bukan sepenuh hati.  Oleh sebab tidak mahu blog ini bersawang maka gigihlah menyusun kata.  Tidak mahu ketinggalan kisah Ramadhan maka keluarlah entri ini.  Ini kisah aku empat beranak berbuka di luar.  Ada masa memang berbuka di luar bila mana asben kerja petang.

Ini kisah 10 Ramadhan.  Makan dekat area Bukit Beruang.  Makan dekat kedai roti john.

Adriana yang suka bergambar.  Menanti makanannya tiba.

Order roti john separuh untuk kita orang.

Set aku chicken chop.

ini untuk asben.  Set kambing.  Apa ke namanya aku dah lupa.

Kemudian beralih ke 12 Ramadhan, kami berbuka di Pak Putra.  Tukar selera makan roti sahaja.

Ini lauknya.  Kambing.  Tak ingat dan tahu namanya.  Asben yang order.

Dan ini cheese nan untuk aku.  Tekak aku memang minat cheese aje.  Itu sahaja kisah kami beriftar.    Rezeki yang ada gunakan sebaik mungkin.  Masih bersederhana dalam segala hal.  Bersambung lagi di lain entri.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart