SUKA ENTRY DI SINI???

Friday, July 4, 2014

~Menu Nasi Untuk Berbuka~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat petang.  Lagi setengah jam mahu pulang.  Fikiran sudah melayang ke rumah.  Untuk berbuka hari ini agak santai.  Tak perlu terkejar-kejar mahu ke dapur.  Memandangkan asben kerja petang, jadi kami empat beranak berbuka di luar.  Mungkin masak untuk sahur sahaja nanti.  Okeylah, kali ini entri masak-masak untuk menu berbuka agak lambat aku titipkan di sini.  Marilah aku kongsikan.  Mungkin boleh juga dijadikan idea untuk korang berbuka nanti.

1 Ramadhan yang jatuh pada hari ahad, aku bercadang masak yang agak berat sikit.  Lagipun waktu bercuti punya masa untuk menyiapkan segala bahan.  Begitu juga dengan 2 Ramadhan.  Memandangkan negeri Melaka masih bercuti, menu nasi juga menjadi pilihan.


Untuk 1 Ramadhan, juadahnya adalah nasi tomato, ayam masak merah serta jelatah timun yang simple.  nanti aku kongsikan resepinya.


Untuk 2 Ramadhan pula, aku masak nasi minyak, kari daging dan jelatah timun juga.  Mahu menghabiskan stok-stok di dalam peti ais.  Begitulah cerita menu berbuka aku dan keluarga untuk dua hari berturut-turut itu.  Nanti aku ceritakan lagi.  Kalau rajin aku letak resepinya ye.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                           

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart