SUKA ENTRY DI SINI???

Saturday, July 19, 2014

~Iftar Di Old Town~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Selamat hari sabtu dan salam 21 Ramadhan. Entri di awal pagi ye. Jam menunjukkan 4.45 pagi. Baru selesai bersahur bersama asben. Sahur hari ini bungkus je. Asben keluar kejap tadi beli nasi goreng tomyam dan nasi goreng cili padi dekat kedai depan.

Nak cerita, minggu lepas bawa mak berbuka di luar. Ajak ayah tak mahunya dia. Tak silap hari ketujuh belas kita berpuasa. Pergi ke Old Town je. Ramai orang. Pack!


Ini set untuk asben. Tak tahu namanya tapi harga set yang ini RM19.90.


Ini untuk aku. Mak aku pula order mee kari.


Nana dan neneknya. Selesai berbuka, asben pergi kerja semula. Aku bawa mak aku ke Family Store sebab mak aku nak beli barang.


Dapatlah sampul raya. Itu sahaja kisahnya. Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,
Fyda Adim

posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart