SUKA ENTRY DI SINI???

Friday, July 25, 2014

~Ramadhan Semakin Menjauh~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Salam 27 Ramadhan dan salam jumaat buat semua pembaca yang tersinggah di blog picisan ini.  Jumaat terakhir Ramadhan ini.  Pantas sungguh masa berlalu.  Lagi dua hari sahaja lagi Ramadhan akan pergi.  Rasa sedih, sayu kerana mengenangkan Ramadhan akan pergi.  Semoga kita akan berjumpa lagi.  Moga diberi peluang lagi untuk menikmati bulan Ramadhan pada masa akan datang.  Ramadhan bulan yang penuh rahmatnya, pengamunan dan dijanjikan pahala yang berlipat ganda pada hamba-Nya yang melakukan amal ibadah.

Ramadhan ini mengajar aku sesuatu perkara.  Lebih menginsafkan aku dengan apa yang terjadi pada diri ini.  Biarlah tersimpan di dalam hati.  Walaupun pedih namun aku pasti apa yang berlaku apsti ada hikmahnya.  Satu perkara yang membuatkan diri ini kuat adalah doa.

Moga apa jua amalanku pada bulan mulia ini diterima-Nya.  Mudah-mudahan.  Itu sahaja titipan aku untuk pagi ini.  Nanti sambung lagi dengan beberapa entri sebelum raya menjelma.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart