SUKA ENTRY DI SINI???

Friday, July 4, 2014

~Drama Ramadhan Jangan pergi~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Tengahari tadi keluar kejap.  Tuang minyak dan menjengah ke Kedai Romantika.  Tak habis-habis dengan romantika kan? Si Mira Mokhtar nak beli table runner.  Aku? Ada jugak barang yang dicapai.  Masuk sana kalau tak membeli tak sah gamaknya.

Berbalik kepada tajuk di atas.  Siapa yang mengikuti drama bersiri ini di saluran TV3.  Disiarkan pada setiap selasa hingga khamis jam 10 malam.  Kalau tak silap baru empat episod.  Mula-mula tak tengok jugak sekali tertengok kat tonton.  Mulalah terjebak.

Episod malam tadi betul-betul menyentap.  Huhuhu.  Geram dengan watak si lelaki tu.  Apa ke namanya.  Fir Rahman.  Betul-betul sakit hati...Mari baca sinopsis drama ini.  Drama ini betul drama air mata.

Sinopsis:

Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki Aidil. Hubungan mereka renggan bila Johan berkawan rapat dengan Nadia. Ibu Johan Mariana juga tidak menyukai Farah sejak mula disebabkan beliau menganggap Farah tidak sepadan dengan Johan. Menjelang  bulan Ramadhan, Farah mendapat berita yang mengejutkan- Johan melamar Nadia. Sangkanya dia dimadukan namun sebaliknya apabila Johan mahu bercerai. Farah sedar ini adalah balasan kerana mengingkari ibunya Rohani- yang tidak merestui perhubungan mereka. Suatu hari, Johan telah mencuri kad Atm  Farah selepas mengusirnya, Adakah jalan penyatuan bagi Farah dan Johan?


Tak sabar nak tahu apa pengakhiran drama itu.  Sama-samalah kita nantikan.  Sekian dan wassalam...


Aku Penulisnya,







                                                                                                       

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart