Pages

Thursday, August 18, 2011

~Cornflakes Maduku~


Salam...

Macam mana dengan persiapan raya?Uolls dah buat kuih raya?Sabtu lepas aku berjayaler buat sejenis kuih raya iaitu Cornflakes Madu yea.  Biasalah orang yang terlebih rajin seperti aku nie haruslah buat kuih yang simple-simple jea.  Ini pun dah kira ok ler aku dapat buat.  Ikutkan hati memang malas nak buat sebab dengan askar-askar wataniah aku nie.  Tak buat kuih sendiri tak ada feel pulak kan.  Jadi aku buatlah jugak walaupun kuih yang simple jea.  Tahun nie memang tak dan nak buat kuih tat dan biskut almond london.  Tak cukup kakitangan. 

Jomlah tengok hasil kuih raya malasku.  Sempatlah aku suruh biskut aku nie berposing. 

Inilah hasil daripada tanganku yang lembut...kahhhhh

Fresh from oven...

Close up sikit...

Aku sertakan sekali resipi cornflakes maduku.  Resipi aku biasa-biasa jea.  Tak ada letak kismis bagai.  Jom kita tengok resipi...

RESIPI CORNFLAKES MADU :
250g cornflakes
200g butter
4 sudu besar madu
4 oz castor sugar

CARA-CARANYA :
1.  Ramaskan cornflakes.
2.  Campurkan butter, madu dan castor sugar dalam satu bekas.  Kemudian cairkan di atas dapur.
3.  Selepas dicairkan, curahkan ke dalam cornflakes yang telah diramas.
4.  Gaul sebati.  Kemudian masukkan dalam paper cup.
5.  Selepas itu bolehlah dibakar.
6.  Sekian itu sahaja...

Nota>>Hujung minggu nie aku nak buat biskut sarang semut dan biskut coklat chip.  Semoga penyakit rajin akan ada di dalam diriku...Rajin!!!Rajin!!!Rajin!!!hua hua hua...

Sekian, jumpa di lain episod...

2 comments:

Aleyn said...

Ok la tu..kira rajin gak tu...I buat kuih tunjuk jer...ekeke

Siti said...

sedap sekut konflake madu.. sekali hadap abih 2 balang