Monday, May 16, 2011

~Kami Sudah Pindah~


Salam semua...

Alhamdulillah, bersyukur ke atas rezeki yang telah diberi olehNya kami sekeluarga dapat membeli rumah sendiri.  akhirnya dapat jua kami duduk di rumah kami sendiri.

Hampir sebulan aku dan suami serta anak-anak telah duduk di rumah ini.  tercapai jugak impian aku dan suami untuk membeli rumah sendiri.  memang seronoklah bila kita dapat duduk di rumah kita sendiri.

tapi sedihnya untuk meninggalkan rumah mak.  walaupun tak jauh mana pun.  tapi yelah rumah mak banyak kenangan.  dari kecik sampai da beranak pun berkepit dengan mak.

masa mula-mula pindah asyik emo jea.  malu nak cite.  hihihi.  belum kena pindah keluar melaka.  padahal bukan tak pernah berjauhan dengan mak masa belajar.

biasalah nak serasi dengan tempat baru mungkin amik masa.  asben aku dok perli-perli aku.  asben kata belum kuar melaka dok emo..uhuk uhuk


Inilah rumah kami.  di sinilah tempat kami berteduh anak beranak.  gambar nie diambil masa belum dapat kunci lagi.  masih banyak lagi peralatan rumah yang belum dibeli.  maklumlah baru pindah kan..lagipun nanti kenduri kawin adik aku akan diadakan di sini.

Nota Mama>>Seronok tinggal di rumah sendiri...

5 comments:

alyyani said...

cantik rumah fidah. oo kenduri nanti kat sini ye. alya dpt kad tp tu lah tak dpt nak dtg. sama date dgn along alya. semoga semua nya berjalan lancar ye nanti. :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam fidah..selamat berpindah!mmg sonok berpindah umah sendiri....nak hias pon ikut selera kita kan..

@lfidah said...

alya>>alya da dpt kad erk..tuelah tarikh sama kan dgn kakak alya...sama2lah kita semoga majlis berjln lancar yea...:)

kak atie>>penat kak pindah umah..nak2 pas pantang kan..pas tue nak kenduri...dok umah sndri mmg sonok..ikut selera kita jea..

atanayuiman @ Jue said...

insyallah semuanya akan berjalan dgn lancar nnt.. sib uk skang kan..? biasala kenduri besar dan kecik buat sekali..

adianiez AIDA said...

cantik umah !