Monday, October 4, 2010

~My Baby~

Kali nie nak cerita pasal kandungan aku pulak..da beberapa entry dok cite pasal raya jea..ada lagi pasal aku jalan-jalan raya rumah kawan belum abis lagi..Nanti aku cite lagi.  Sekarang nak cite pasal kandungan aku yang sudah pun mencecah ke 4 bulan..da 18 minggu.  kejap jea masa berlalu..Aku berharap agar baby dalam kandungan aku akan dilahirkan secara sihat dan sempurna serta selamat semuanya.

Last aku buat checkup perut masa 22 September 2010. Masa tue usia kandungan 16 minggu.

Berat Badan : 47.5kg
Tekanan Darah : 100/70
Kaki Bengkak : NIL
Albumin : N
Gula : N
HB : 11.2

Alhamdulillah, hb aku naik sikit-sikit.  Masa mula-mula checkup HB aku sangat rendah iaitu 9.6.  Jadi aku kenalah makan ubat yang doc bagi.  Berat aku kali nie nurse kata naik banyak dan nurse kata perut aku besar daripada usia kandungan.  Aku tengok kecik jea.  Bila nurse kata besar aku risau pulak.  Harap-harap ok jea.

Bila berat naik banyak dan kandungan besar kenalah jumpa doktor.  tapi doktor tak kata apa pulak.  Tak ada apa2lah kot..

Nie scan masa 13 minggu...tapi aku tak puas hati scan kat poliklinik kerajaan.  Doktor tue tak terangkan apa2 kat aku sebab aku tengok doktor tue macam tak tahu nak scan.  Dia asyik dok panggil doktor dari bilik sebelah.  dia tanya2 doktor bilik sebelah tue pas tue dia orang cakap sesama sendiri jea.  Sebelum aku pun ada patient pun macam tue gak..Mungkin doktor baru agaknya.

Nanti aku nak scan kat klinik swasta.  Tak puas hati pulak.  Tapi doktor kata baby ok..semua ok.  Next checkup 20 Oktober 2010.. Itu jea perihal kandungan aku...

Sekian...

Note>>Kalau nak tengok jantina da nampak ke??Da lupa berapa bulan boleh tengok...:-)

No comments: