Assalamualaikum...
Selamat pagi semua. Dah kira pagi kan?Entri di tengahmalam. Dah taip siang tadi cuma publish tengahmalam. Esok pagi asben boleh baca hasil nukilan isterinya ini. Penat bini mengarang ayat. Hihihi. Okeylah, hari ini 17 Oktober 2013 adalah hari ulangtahun kelahiran suamiku. Sempena hari ulangtahun kelahirannya, nak wish Selamat Hari Lahir buat suamiku yang tercinta MOHD AFFENDY BIDIN. Hari ini genaplah usianya 33 tahun. Semoga dalam peningkatan usia ini, di harap makin matang dalam menguruskan segala hal. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan seharian bersama. Dan segala doa yang baik-baik sentiasa mengiringi abang.
Tahun ni tak dapat kita sambut birthday papa bersama. Tunggu bulan 11 je nanti. Kalau tahun lepas ada sedikit sambutan tapi tahun ni papa sendirian menyambut ulangtahun kelahiran di seberang sana. Tak apa kawan-kawan ada kan. Apa-apa pun abang seorang papa dan suami yang terbaik. Ketika ketiadaan abang ketika ini memang banyak memberi kesan kepada diri ini. Walaupun sekecil pertolongan yang diberi sewaktu ada tetapi tetap terkesan. Itu yang bermakna sebenarnya. Sentiasa menyokong apa jua yang al buat. Dan sedang menyokong hobi terbaru isteri ketika ini. Tak tahulah terlaksana atau pun tidak. Doakan yang terbaik saja buat diri ini.
Gambar kiriman daripada asben melalui whatsapp. Cukuplah tiga keping gambar sahaja untuk dijadikan kenangan di sini.
Rindu pada masakan papa. Rindu nasi goreng, lebih-lebih lagi pada magginya. Asben kalau masak siap tumis. Aku masak main lebur je. Itu kerja orang rajin namanya. Hehehe..Hadiah untuk papa?Ermm, tak tahulah nak bagi apa. Nantilah difikirkan.
Akhir kata, happy birthday papa. Kami sayang papa. Bulan 11 kita potong kek. Kalau tahun lepas, celebrate birthday papa di Pulau Pangkor, tahun ni moh kita ke Sabah. Tunggguuuu...
2 comments:
Happy Bday bro!! Moga setiasa di bawah keberkatan ALLAH.
fida. nanti letak watermark kat gambo apen. uniform penuh tu :-) takut jadik kes mcm member ari tu hua hua hua...
Post a Comment