Wednesday, February 29, 2012

~Makan-Makan Sempena Besday~

Hari ini entry pasal makan-makan pada sabtu lepas.  Kali nie banyak gambar sebab bila dah ada ramai yang berkumpul memang penuh kamera aku.  Pening aku nak memilih gambar.  Kang ada pulak yang kecik hati gambarnya tak ada..Hihikhik

Ini kisah hari sabtu lepas bersamaan 25 Februari 2012 sempena celebrate besday Ammar yang ke 1 tahun.  Makan untuk family aje dan potong kek sesama sendiri.  hari itu memang hari makan-makan.  Masak sendiri, makan sendiri dan kemas sendiri.  Hehehe..

Bukan semua makanan aku masak sendiri.  Hari tue macam buat potluck pulak.  Aku buat kek, cheesetart, koktel dan spageti.  Kak sepupu aku pula bawak rendang ayam, agar-agar koktel, karipap dan mee.  mak aku pun ada bawak gak.  Mak aku pula masak ketupat segera, popia goreng, kuah kacang, mee rebus.  Apa lagi aku pun dah lupa.  Banyak sangat makanannya.  Jom layan gambar.  Penat membebel.  Banyak bebel pun orang tak suka baca pulak. 

Inilah sebahagian makanan yang dihidang di atas meja.  Sebab makan sendiri hidang pun ala kadar.  Tak tentu arah nengoknya.

Inilah menu-menu yang lain.  Aku close up sikit gambar makanan nie.

Mereka kalau berkumpul mesti ini kerjanya.  Oh adik ipar aku masih belum meletups...tapi kaki dia sudah bengkak.  Katanya macam tak mahu pakai kasut.  Ado keje giler pulak.

Sesi memotong kek.  Ammar tergamam kot.  Hikhikhik.  Obek wati dia yang excited.

My sis dengan anak sulungnya yang kelam-kabut.  Kalau buat keje kat dapur macam nak pi berperang.  Jangan marah yea.  :-)

Mak-mak dan anak-anak.

Bakal mak sedang menikmati kek.  Sedap tak kek kakak ipar awak buat tue?Hehehe..

Ammar dan mamangnya.  Baru bangun tidur.  Ammar nie takut dengan orang.  Hanya orang-orang terpilih aje yang dia nak yea.  Tapi nampak muka mama abislah.  Mama memang tak boleh buat keje.

Selepas makan mari kita bersantai.

 Aku kenalah enterframe.

Aku dan anak buah aku.

Mereka yang gile-gile.  Tengoklah anak aku tue.

Aku bersama anak buah yang bongsu.

Sudah mahu pulang.  Kak sepupu aku tengah berbual dengan mak aku.

Last picture sebelum balik.  Aku dan kakak sepupu aku.  Sama tak muka kami?

Masa untuk berpisah.  Semua sudah berangkat ke dalam kereta mahu pulang.  Minggu nie anak-anak buah aku sudah pulang ke U.  Lepas nie turn besday sape pulak kita buat makan-makan lagi.  Jumpa lagi beberapa bulan lagi yea.  Sekian.





                                                                                                                          

~Birthday Kek Untuk Ammar~

Salam..

Nak cerita mengenai besday ammar yang telah lepas.  Sabtu lepas ada buat makan-makan sikit.  Sebelum aku cerita pasal makan-makan, aku nak cerita dulu pasal kek besday untuk ammar yang aku buat khas untuknya.

Sebelum nie, aku pernah buat entrynya di SINI.  Bercadang nak buat kek tema Angry Bird tapi bukanlah bentuk angry bird cuma letak edible image aje.  Kang ada pulak aku yang jadi angry bird bila kek tue tak jadi.

Oklah mari kita tengok bentuk kek hasil daripada air tangan aku buat anak aku ammar.  Kek ammar nampak meriah sedikit berbanding kek kakaknya adriana.  Masa buat kek adriana baru belajar.  Jadi deko kek itu tidak berapa menarik.  Masih terkial-kial menggunakan perkakas kuih.  Sekarang nie taklah arif lagi tapi bolehlah buat untuk makan sendiri kan.

Inilah edible image yang aku pilih.  Angry bird nie sebenarnya asben aku yang pilih.  Ammar bukan tahu apa pun.  Paknya yang lebih-lebih pulak.  Ampun ya bang. :-)  Aku beli edible image nie di SINI.

Inilah kek besday untuk ammar.  Aku buat kek coklat dan toppingnya aku buat whip topping.  tapi aku lebih suka topping masa buat kek untuk adriana.  Saje try and error.

Dan yang ini pulak kek khas untuk my sis, Suzanah.  Aku panggil Kak Wati.  Sebenarnya kakak sepupu aku tapi kita orang memang rapat gile. Hehehe.  Besdaynya pulak dekat-dekat dengan ammar.  Ammar 21 februari, sis aku 24 februari pula.  Jadi apa salahnya aku buat 2 biji kek untuk mereka.

Oklah.  Sampai sini dulu cerita berkenaan kek besday ammar.  Aku bukanlah pakar dalam membuat kek.  Masih dalam percubaan dan masih belajar.  Nanti aku letakkan resipi kek-kek ini yea.  Jumpa lagi di lain entry.  Sekian.






                                                                                                                                                                            

Monday, February 27, 2012

~Seminar Lagi~

Sudah beberapa hari blog ini tidak berupdate.  Nak update kat rumah charger laptop rosak.  masih belum berganti lagi.  Jadi boleh update di office time lunch hour ajelah.

Oklah berbalik kepada tajuk, khamis lepas aku dan officemate menghadiri satu seminar di Auditorium Seri Negeri, Melaka iaitu Seminar Kesempurnaan Solat Pemangkin Integriti yang dianjurkan oleh Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Melaka (INSPIM).

Seminar ini bertujuan untuk memberi penjelasan berkaitan kesempurnaan solat sebagai pemangkin integriti bagi setiap individu serta meningkatkan kefahaman dan kemahiran tentang postur solat yang sebenar serta kesannya kepada kesihatan dan kesejahteraan individu.

Oklah jom tengok beberapa kepinh gambar untuk tatapan semua.

Sedang menyampaikan ceramah tentang postur dalam solat.

Cara rukuk yang betul.

Ini dia officemate yang menghadiri seminar ini.  Dari kiri : Mia, Kak Nisah dan Kak Rehan.

Dan yang ini pulak Kak Mima dan Kak Zu.

Akhir sekali, selesai sudah ceramah.  Majlis untuk memberi cenderahati kepada puan ceramah.  Aku dah lupa nama dia.  Sudah berapa hari punya cerita kan.  Itu ajelah cerita untuk hari khamis.  Untuk entry kali ini, gambar aku tak ada.  Menyampah pulak orang dok tengok gambar aku aje.  :-)



                                                                       





                                                                                                  

Friday, February 24, 2012

~Cerita Hari Rabu~

Salam..

Hari nie sudah hari jumaat.  Kejap jea kan.  Semoga hari ini kita semua mendapat keberkatan daripadaNYa dan menjadi hari yang lebih baik daripada semalam.  Aku baru nak update cerita untuk hari rabu.  Cerita yang berkaitan dengan my lil boy, ammar.  Update pantas hari nie sebab kejap lagi nak mulakan kerja gotong-royong 5S.

Oklah berbalik kepada tajuk yea.  Tak nak panjang lebar mukadimahnya.  Hari rabu lepas aku ada bawak pulut kuning ke opis sempena menyambut besday ammar yang ke 1 tahun.  Ceritanya di SINI.  Oleh kerana tak ada nak buat  besday party bagai untuk ammar aku buatlah sikit untuknya pulut kuning dan rendang daging. 

Inilah pulut kuning yang aku bawak ke opis.  Siap letak di dalam bekas untuk diberi kepada ofismate. 

Pulut nie bukan aku yang masak.  Mak aku yang masak.  Kalau aku yang masak rasa tak jadi pulut kuning.  Mana nak handle 2 orang askar aku lagi.  Alasan!!!!!

Oklah, kisah pulut sudah habis.  Petang rabu tue pulak aku bawak ammar ke klinik untuk checkup 1 tahun dan untuk injection.  Asben aku tak ada sebab dia sedang berkursus di AKMAL.  So, akulah yang kena menguruskan anak-anak.  Hah, macam jauh bebenorlah AKMAL tue. :-) So, adik aku yang hantarkan aku dan ammar ke klinik memandangkan adik ipar aku pun ada checkup hari rabu tue.

Ini selepas checkup.  Sedang menunggu giliran untuk injection.  Ooohh, bila time anak-anak nak pi klinik checkup aku memangler kecut perut.  Boleh jadi sakit perut dan perut memulas-mulas.  Lebih-lebih lagi kalau ada injection.  Mama yang lebih ok. 

Inilah bilik untuk injection.  Selalu asben yang akan pegang anak-anak bila time injection.  Baik adriana atau ammar aku memang tak pegang.  Aku nie memang takut sikit bab cucuk-cucuk jarum nie.  So, hari tue adik akulah jadi mangsa.  Hikhikhik.  Nama jea anak dah 2 orang tapi hakikatnya aku takut bila tengok anak-anak aku nak injection.  Korang macam aku tak? :-)

Last picture sebelum ammar masuk untuk injection.  Gambar masa dicucuk tidak ada sebab mama menjadi pasukan sorak bersama bibik aka adik ipar aku.  Ammar dah meraung tapi nasib kejap aje.  Good boy.   Lega hati mama bila dah selesai.  Pegi klinik macam nak pegi berperang jea gamaknya.  Sekian dulu untuk entry kali nie.  Bersambung lagi.




                                                           


                                                              

Wednesday, February 22, 2012

~Kasut Pertama Untuknya... :-)~

Kasut untuk siapa lagi??Mestilah untuk my lil boy, Ammar Qayyum.  Bila sudah pandai berjalan kenalah ada kasut kan.  Hehehe.  Semalam aku cerita mengenai hari ulangtahun yang pertama untuk ammar.  Hari ini aku nak cerita mengenai kasut pertama untuknya pula.

Sabtu lepas kami ke Jusco, barulah berkesempatan utnuk carikan ammar kasut jalannya.  Neneknya a.k.a mak aku dok bising tanya bila nak beli kasut untuk si ammar.  Akhirnya belilah kasut pertama ammar sabtu lepas.

Papa tak sabar.  Time tue jugak dipakaikan kasut tue.  Kasut nie pilihan papa.  Dok berkenan pattern nie. Ada less 15% untuk sesiapa yang ada Jcard.

Sudah pakai kasut, papa kerah ammar untuk berjalan sendiri.  Hehehe..Ammar masih tak selesa dengan kasutnya itu.  Kejap-kejap nak diangkat kakinya itu.

Inilah hadiah untuk birthday ammar yea.  Aci tak? Mari jalan-jalan dengan papa.  Percubaan pertama ammar dengan kasut pertamanya.  :-)

                                                                                                                         


Tuesday, February 21, 2012

~AMMAR Is 1~

Salam..

Alhamdulillah, hari ini genap usia Ammar 1 tahun.  Tanggal 21 Februari 2011 @ 2.30p.m, Ammar dilahirkan di Hospital Besar Melaka setelah berbagai dugaan yang aku tempoh..  Ceritanya ada di SINI.  Sekejap jea kan ammar sudah melangkah ke 1 tahun.  Masa sangat pantas!!!

Bila tiba hari lahir anak, pasti kita akan teringat pengalaman sewaktu melahirkannya.  Suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.  Aku lahirkan Ammar sewaktu usia kandungan 38 minggu 1 hari.  Ammar nak keluar awal.  Yelah, kat tempat kerja turun naik tangga.  Mana uruskan hal rumah lagi.  Kan tahun lepas aku sibuk nak masuk rumah baru.  Masa adriana dulu aku bersalin genap 40 minggu.  Apa pun, semua urusan dipermudahkan.  Aku merasa jugak bersalin normal memandangkan masa adriana aku menggunakan kaedah vacuum.  Akhirnya, dapat jugak aku meneran dengan dua kali teran ammar pun selamat dilahirkan.  Risau tau aku memikirkan boleh ke aku nie meneran.  Memang susah hati bab tue.  Tak tidur malam dibuatnya bila memikirkan bab meneran.  Boleh atau tak?Yang penting kena fokus dan gunakan sebanyak mungkin tenaga yang ada.  Orang lain boleh takkan aku tak boleh kan??Cerita pengalaman melahirkan ammar ada di SINI.

Untuk birthday ammar hanya celebrate bersama-sama family terdekat aje.  Sesi potong kek sesama sendiri aje.  Aku adalah cadang nak buat kek untuk ammar.  Tunggu dan lihatlah kejadian kek itu nanti. :-)  Oklah mari kita lihat gambar ammar dari lahir hingga sekarang untuk tatapan semua.

Ini gambar pertama ammar bersama kakaknya.  Selepas beberapa jam dilahirkan.  Gambar ammar masa dalam labor room non ado sebab bersalin kat hospital government kan.  Kakak excited tengok adik yea.

Ini gambar masa ammar genap sebulan.  Lepas balik dari injection untuk sebulan 21/03/2011.

Gambar untuk 2 bulan pada 21/04/2011.

Ammar 3 bulan.

Masa nie ammar 4 bulan.  Sudah meniarap.

Ammar 5 bulan.

Masa nie ammar sudah 6 bulan.

Gambar diambil pada usia 7 bulan.  Masa nie gambar diambil di Kelantan.

Yang ini pula masa ammar 8 bulan.  Baru pandai duduk.

Ammar 9 bulan.  Masa  nie ammar kena demam campak.

Masa nie 10 bulan.  Gambar aku terpaksa ambil di blog sebab lappy aku tak leh nak on chargernya rosak.  jadi kenalah ambil gambar di komputer ofis atau di blog.  Gambar diambil ketika kami di Melaka Wonderland.

Yang ini masa ammar 11 bulan.  gambar diambil ketia kami celebrate anniversary kami.

Yang ini gambar paling terbarulah.  Gambar minggu lepas.  Aci tak?Gambar untuk hari ini yang fresh tak sempatler nak amiknya.  Perkembangan ammar sekarang sudah boleh berjalan.  Laju jea sekarang nie ammar berjalan.  Mengah mama dibuatnya.  Oklah.  Sekian entry untuk kisah birthday boy aku nie.

Buat Ammar a.k.a Adik,


Mama, Papa dan Kakak ucapkan Selamat Hari Lahir buat ammar yang ke 1 tahun.  Mama, Papa dan Kakak Nana sayang Ammar.  Happy 1st Birthday To U.  Semoga Menjadi Anak Yang Soleh.  Amin...