Assalamualaikum....
Selamat pagi semua. Selamat hari rabu. Entri pagi entri wordless. Maka kuranglah ayat-ayat di dalam entri berkenaan. Hari ini sudah menginjak ke hari rabu dan ini bermakna ada lagi lima belas hari mahu sampai ke harinya. Entri aku akan mengira sahaj sampailah pada hari tersebut. So pada yang membaca silalah abaikan kalau sudah tidak larat dengan pengiraan aku itu. Hitung, hitung, hitung.
Berbalik kepada tajuk di atas, selain novel aku sekarang minat beli majalah. Hobi dulu-dulu yang sudah lama dihentikan untuk seketika dan zaman itu telah kembali menghantui diri. Bajet zaman muda-muda dulu. Hehehe..
Tapi kali ini aku terjah majalah Seri Dewi & Keluarga selepas mendapat tahu sesuatu di dalamnya. Muka surat yang aku suka baca adalah bahagian Cerpen.
Inilah majalah yang aku beli. Cover depannya Irma dan Fasha bersama anak mereka.
Inilah yang mahu aku baca. Cerpen bertajuk Rautan Takdir. Karya daripada Kak Monalita Mansor kenalan saya sewaktu memasuki pertandingan e-buku 2013. Tahniah kak. Memang terbaik. Karya ini memberi semangat pada saya dan juga mungkin pada kawan saya si Mira Mokhtar. :D Tunggu kami adik-adik protege ye kakak sifu. Protege yang merangkak perlahan umpama siput.
2 comments:
seb baik merangkak...kalau pegun jek tak ke mana plak nnt
good luck fida in whatever u want to do :-)
Post a Comment