Thursday, August 30, 2018

Projek Yang Belum Tamat

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Inilah aktiviti aku selain membaca novel dan melayan drama. Projek sehari 1000 patah perkataan yang sudah beberapa bulan berlangsung secara berkumpulan. Tempoh hari sekejapan tergendala projek ini. Aku dalam keadaan bermalas-malasan mahu menyiapkannya. Sekarang ini kembali ke pangkal jalan.

Banyak lagi yang nak dikejarkan. Sekarang sedang sibuk untuk projek kedua tahun ini. Buku anekdot tentang pengasuh tetapi aku tak sumbangkan anekdot. Dalam proses menulis cerpen. Entah kenapa mood menulis ni tenggelam terus. Karam terus barangkali.

Doakan aku ya, kawan-kawan.

Lagi sikit nak cecah 30000 patah perkataan. Masih banyak patah lagi yang mahu ditukangkan. Semoga Allah berikan kelancaran pada aku dalam menyiapkan projek ini. Kalau tidak terperam sajalah nampaknya.

Semoga apa sahaja yang kita lakukan dapat memberikan kegembiraan dan kebahagiaan pada diri kita sendiri. Andai ada yang sedang bersedih, sibukkanlah diri dengan benda-benda yang berfaedah selain kita memanjatkan doa pada yang Maha Esa. Hidup ini hanya sementara. Sampai masanya, kita akan pulang.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Wednesday, August 29, 2018

Bila Ada Hari Yang Meletihkan

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Hari ini letihnya lain macam. Sampai rumah tadi menyandar kat sofa. Oh, mula-mula setakat sandar aje kemudian mama terus baring. Kononnya nak lelapkan mata kejap. Pesan pada Dak Kakak.

“Na, kejut mama tau. Nak amik adik. Mama nak lelap kejap.”

Tau-tau Dak Kakak kejut lagi lima minit nak ke 6.15 petang.

“Ma, tak nak amik adik ke?” Sayup-sayup dengar suara dia sambil mengoyang badan mama.

“Hah, nak amik adik kat mana?” Mama menyoal. Ah, sudah mak ko mamai.

“Adik kat sekolahlah ma.”

Soalan ko pun tak relevan. Dah kalau mama tak menjemput adik ko siapa lagi yang nak jemput.

Itu status aku kat muka buku tadi. Kisah terlelap petang tadi. Mujurlah tidak terlajak sampai jam tujuh malam. Melompat aku bila Adriana kejut walaupun terpisat-pisat dan mamai-mamai. Terus bangun capai tudung sarung. Mujurlah sampai sekolah, Ammar baru keluar sekolah. Dari jauh dia berjalan ke arah tempat yang biasa mama tunggu. Adriana jerit memanggil dia dari seberang jalan.

Inilah hidangan makan malam ini. Ini sahaja yang aku larat nak masak. Memang letih yang amat.

Menu kegemaran Adriana.

"Sedaplah ma. Ini bukan sedap sikit, sedap banyak ni."

Alololo. Sweetnya anak mama. 
Ini sahaja coretan malam ini. 
Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Lelaki Kiriman Tuhan

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Lelaki Kiriman Tuhan adalah tajuk novel. Novel ini akan diadaptasi ke drama. Aku kan suka kalau novel adaptasi. Lebih-lebih lagi kalau pelakon dia pelakon kegemaran. Jadi, kebetulan aku ternampak kat insta fasal drama Lelaki Kiriman Tuhan. Pelakonnya menarik. Heronya kegemaran aku. Heroinnya pun kegemaran aku juga. Aku suka Mira Filzah ni berlakon selain Nadiya Nisaa.

Sekarang drama ini sedang menjalani pengambaran. Dijangka akan ditayangkan dalam bulan November. Aku rajinlah menengok video-video yang dikongsi hero dan heroinnya di insta. Macam menarik saja dramanya.

Biasalah, kalau Remy Ishak berlakon mesti tidak menghampakan. Aku kongsi dengan kawan aku. Seronok kalau ada geng yang berkongsi minat yang sama. Suka baca novel. Suka layan drama. Suka pelakon yang sama.

Seronok tau.

Walaupun orang tu baru sahaja kita kenal, benda-benda ni boleh jadikan kita rapat dan menjadi kawan. Aku tak kisah siapa pun. Janji dia berkongsi minat dengan aku. Dengan ala-ala makcik bawang, aku beritahulah dia fasal drama ini.

Hasil carian imej untuk lelaki kiriman tuhan
Itu dia pelakon-pelakonnya. Pasti menarik ceritanya. Cerita cinta ini kita boleh layan selagi tidak melanggar batas-batas agama. Aku suka kalau cerita romantik dan sweet-sweet gitu. 

Kebetulan tengok facebook Karyaseni ada promosi. Apa lagi dengan sepantas kilat aku memesan. Kemudian baca review fasal novel ini katanya novelnya best menambah menggeletisnya aku nak membelinya. Selesai membeli aku khabarkan kat kawan aku. Maka dia pun terjebak sekali membelinya. Ini perangai novel best beli sendiri sebab nak buat koleksi. Lagi pun ada diskaun dan tak ada cas penghantaran. Siapa yang tak nak kan?


Semalam, sainglah sampainya novel kami. Masa aku terima aku tangkap gambar dan hantar kat dia. Entah siapa yang khatamkan dulu novel ini. Aku ni baca nak tenang-tenang baru syok membaca. Itu sahaja. Ada kawan bagi cadangan buat review novel-novel yang aku dah baca. Memang ada niat tapi kekangan masa. Akan diusahakan nanti. InsyaAllah.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Tuesday, August 28, 2018

Hujan Di Pagi Hari

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Alhamdulillah. Setakat ini aku masih mengekalkan momentum untuk menulis. Mohon jangan momentum ini hilang. Macam hari itu, hilangnya bukan kejap-kejap. Berbulan-bulan aku nak mencari segala macam aura nak kembali menulis. Menulis blog, menulis cerpen, menulis segala macam benda yang tertangguh. Bermacam-macam cara aku cuba buat tetapi gagal. Tidak juga datangnya.

Jadi aku biarkan. Sepanjang tempoh kehilangan, aku sibuk menelaah buku dan novel-novel sambil sesekali melayan drama. Asalkan masih berada dalam lingkungan benda yang aku gemar. 

Pagi tadi, hujan lebat membasahi bumi Melaka. Mujurlah sudah keluar rumah dan sudah separuh jalan nak sampai ke sekolah. Nasiblah masa turunkan anak-anak di sekolah hujan tak berapa nak lebat. Jadi mereka berdua bolehlah berlari-lari anak ke bawah bumbung.

Sebaik aku sampai di pejabat hujan semakin lebat. Nasib baik lagi aku dapat parking betul-betul dekat dengan tangga. Jadi kalau nak berlari pun tidaklah kuyup.

Bekal untuk anak-anak. Mee kering cintan goreng.

Ini pula bekal pagi aku.

Ini untuk makan tengah hari. Alhamdulillah. Dapatlah berjimat kalau bawa bekal ke pejabat. Harapnya momentum ini pun dapat dikekalkan. Janganlah hilang kerajinannya. Sesekali makan luar tak apalah kan.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Menonton Kembali Drama Remy Ishak

Assalamualaikum.

Selamat tengah hari.

Gara-gara tidak boleh 'move on' dengan filem Pulang dan masih teruja dengan lakonan Remy Ishak dalam filem itu, aku gigih ulang drama-drama Remy Ishak yang pernah aku tonton dulu. Bukan aku saja yang berperangai begitu, kawan aku pun sekali terjebak. Habis dah aku yang suruh. Macam drama Cik Serba Tahu. Aku memang tak pernah tinggal tengok cerita tu. Rasanya drama tu dimainkan kat televisyen tahun lepas.

Aku ni memang suka tengok drama Melayu tapi tengok juga drama apa, pelakonnya siapa, boleh hadam ke tidak. Bukanlah semuanya aku ikut. Kalau Remy berlakon aku masih lagi tengok cuma kalau macam ada babak yang aku tak boleh nak hadam tu aku memang tinggalkan. Ikut pada fikiran kita sendiri sebab kita yang tengok.

Tapi setakat ini Remy Ishak kalau berlakon memang aku jarang tinggal. Remy  kalau berlakon memang menjiwai betul. Tidaklah kayu macam Fattah Amin mula-mula berlakon. Eh, sekarang Fattah tak kayu ye. Haha. Aku selagi berlakon best aku suka aje. Tak kiralah. Macam tu juga dengan heroinnya.

Aku gosok baju sekolah hujung minggu lepas, siap angkut ipad sebab nak tengok drama Cik Serba Tahu.

Cik Serba Tahu
Remy berlakon dengan Sariyanti. Kenalah gandingan dia orang berdua. Aku boleh hadamkan sampai habis. Dan pertama kalinya aku ulang tengok dan aku hadamkan kesemua 16 episod.

Hasil carian imej untuk nur kasih
Nur Kasih, aku tengok juga. Memang tak tinggal drama ini.

Hasil carian imej untuk cinta jangan pergi
Drama ini pun aku tengok. Tak pernah miss.

Hasil carian imej untuk destinasi cinta sara
Lagi satu telemovie ni. Tajuknya Destinasi Cinta Sara. Aku suka heronya dan aku minat gila dengan heroinnya. Aku minat Nadiya Nisaa sejak dia berlakon drama Adam Hawa. 

Hasil carian imej untuk kekasih paksa rela
Akhir sekali, ni drama bersiri untuk tahun ini. Aku tak tinggal juga tapi beberapa episod belakang aku tak berapa nak tengok sebab adegan berpelukannya terlampau pula. Aku nak tengok pun segan. Lagipun tak sesuai nak menontonnya bersama anak-anak. Aku layan online dan kemudian tengok endingnya aje.

Itu sahaja. Entri suka-suka. Adakalanya kita kena mencari sesuatu benda yang boleh buat hati kita gembira dan bahagia. Carilah bahagia masing-masing tanpa menjatuhkan manusia lain. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Separuh Matiku Bercinta

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Aku kongsikan sedikit petikan daripada cerpen yang aku tulis bertajuk Separuh Matiku Bercinta. Cerpen ini terdapat dalam buku Antologi Suara Kekasih Cinta. Mengisahkan pengorbanan seorang wanita bernama Lia yang berhadapan dengan sebuah pengkhianatan daripada seorang lelaki yang bergelar suami.

Namun, akhirnya lelaki itu menerima balasan dengan kehilangan kudrat sebagai seorang lelaki. Cerpen ini aku tulis dengan ditemani lagu Dayang Norfaizah.

Sepasang kakiku melangkah ke Pantai Tanjung Aru. Menyusuri pasir-pasir pantai yang memutih. Ombak kedengaran memukul pantai hingga mengenai skirt labuh yang aku pakai. Terasa dingin hujung betis terpukul dek ombak kecil. Langkah terhenti lalu aku membuang pandang pada seluas hamparan laut yang begitu tenang. Dari jauh, kelihatan bot-bot nelayan yang berlepas ke tengah laut untuk mencari sumber pendapatan.

Aku pejamkan mata seketika. Nafas ditarik dalam-dalam kemudian dihela perlahan. Siapa sangka? Aku datang lagi ke tempat ini untuk kali kedua. Kalau dulu, aku seakan-akan bersumpah dengan diri sendiri. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke sini. Peristiwa lampau yang pernah terjadi di bumi di bawah bayu ini mematikan segala-gala rasa dalam diri.

Lia
Cerpen Separuh Matiku Bercinta

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Monday, August 27, 2018

Coretan Isnin

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Baru berkesempatan duduk depan komputer. Dari balik tadi, buat tugas rumah tak berhenti-henti. Masaklah, bagi anak-anak makan, kemas dapur, gosok baju dan macam-macamlah. Hari ini anak-anak sudah mula bersekolah. Aku kembali sibuk. Awal pagi sibuk siapkan bekal anak-anak termasuk bekal untuk diri sendiri. Konsep berjimat-cermat. Jadilah bawalah bekal. Lagipun kadang makan luar pun boring. Bila ada bahan-bahan dan ada kerajinan, bolehlah kita masak.

Jadi sebab malam tadi anak-anak buat permintaan nak bawa bekal, aku tunaikan permintaan mereka. Bolehlah aku siapkan bekal untuk aku sekali. Aku dah siap potong segala bahan-bahan yang perlu dipotong-sayur-fishball-daging.

Bekal anak-anak.

Bekal untuk aku. Ini bekal makan tengah hari.

Awal pagi ada plastik atas meja. Mencari siapa yang memberinya, akhirnya dapat juga gerangannya.

Inilah cenderahatinya. Bunga-bunga di hati.

Kemudian didatangi dengan hadiah Pulang. Gembiranya bukan main. Walaupun hanya sehelai t-shirt, sekurang-kurangnya ada kenangan Pulang bersamaku. Cinta Othman dan Thom. Semoga ada sosok Othman dan Thom yang begitu setia memegang cintanya.

Sampai rumah petang tadi, terus masuk dapur sementara nak menunggu 6.15 petang menjemput Dak Adik di sekolah. Masak nasi. Aku nak masak daging masak kicap. Kentang aku goreng dulu sebelum dileburkan dalam daging masak kicap.

Inilah menu makan malam aku dan anak-anak. Alhamdulillah. Daging masak kicap, sup telur campur lobak, cendawan serta fishball dan juga timun. Daging tu aku guna daging korban. Ini sahaja yang termampu aku sediakan. Bila hari kerja ni masaknya serba ringkas sahaja. Itu pun aku masak lebih daging masak kicap tu untuk dibawa bekal esok. Senang cerita. 

Itu sahaja coretan malam ini. Isnin ini berlalu dengan tenang sekali. Ditemani kawan-kawan yang menghiburkan dan juga dengan perkara-perkara yang menggembirakan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Candy Buffet Di Dewan Taming Sari MBMB

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Sabtu lepas, aku terima tempahan candy buffet saat-saat akhir untuk majlis perkahwinan di Dewan Taming Sari MBMB. Dapat tempahan jumaat dan setelah berbincang aku setuju untuk terima. Bukan aku yang turun padang pun. Seperti biasa adik-adik aku yang uruskan bab menyusun atur dan menghias candy buffet.

Aku cuma berurusan bab memesan kuih-muih sahaja. Selebihnya adik-adik aku yang uruskan. Walaupun tempahan last minit, alhamdulillah berjalan lancar cuma adalah dikenakan bayaran tempahan untuk last minit. Sebab kelam-kabut sikit nak beli barang. Nasiblah barang lain ada.

Marilah tengok beberapa keping gambar yang sempat diambil.

Menu-menu yang sudah disusun.

Pandangan dari sisi depan.

Nama pengantinnya.

Gambar penuh sekali lagi dari sisi depan.

Itu sahaja entri ringkas untuk petang ini. Untuk warga Melaka yang ingin menempah candy buffet bagi majlis keraian bolehlah hantarkan whatsapp pada aku di talian 017-6741270. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Menu Hari Bekerja

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Selamat kembali ke sekolah.

Selamat kembali pada mak-mak untuk menguruskan anak-anak yang sudah mula ke sekolah. Hari kerja, masanya agak terhad. Bagi mak yang bekerjaya, masanya lebih terhad. Mana nak urus anak-anak sekolah, nak hantar sekolah, nak ke kerja, memikirkan menu masakan lagi. Memang berperanglah gayanya.

Aku pula, serba-serbi gayanya begitu juga. Hantar anak, pergi kerja, jemput anak, masak, menggosok baju dan bila ada masa senggang barulah boleh buat aktiviti sendiri. Bila hari kerja, aku masak seringkas yang boleh. Ini ada serba-sedikit menu yang aku masak sepanjang hari bekerja. Ada yang aku masak awal dan fozenkan.

Nasi lemak. Aku masak lauknya sebelah malam. 

Rendang ayam tu aku masak hujung minggu. Kemudian aku frozenkan. Ini menu aku berbuka puasa.

Makaroni goreng tomyam.

Spageti goreng aglio olio.

Nasi goreng biasa.

Ikan bilis goreng cili padi. Aku masukkan petai.

Tomyam campak-campak.

Menu makan malam kami.

Sambal bilis kentang petai.

Inilah serba-sedikit menu yang sempat aku masak sepanjang hari bekerja. Ringkas sahaja janji kenyang untuk aku dan anak-anak. Selagi mampu dan terlarat aku cuba untuk menyediakan menu dari rumah buat anak-anak.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Sunday, August 26, 2018

Menang Barangan Eksklusif Pulang

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Sejak filem Pulang, aku dan isteri officemate suka bersembang. Sembang dengan isterinya. Bukan dengan suaminya. Aku kenal isterinya sejak kami join lari. Kemudian dia pula personal shopper IKEA. Aku pernahlah kirim dia beli barang masa nak raya hari itu.

Kemudian, dia pula minat baca novel. kami bertukar-tukar pinjam novel dan tukang sebar novel yang menarik dan juga menyebarkan drama-drama best. Itulah yang mula berkawan. Baru-baru ini, berkongsi cerita fasal Pulang tak habis-habis sebab konsep tak boleh 'move on'. Filem itu sangat menghantui diri. Kita orang masing-masing macam terkilanlah kisah percintaan dia orang. Soalan 'kenapa', 'kenapa', 'kenapa' asyik berlegar-legar dalam kepala.

Dia mula pergi tengok Pulang dulu. Kemudian baru aku pula pergi menontonnya. Dia siap pesan bawa tisu. Sepaket tisu aku bawa. Kalau tak cukup tisu aku lap guna tudung aku aje. Kebetulan, aku terperasan satu peraduan kat insta. Aku pun kongsi juga dengan dia. Jadi gigihlah kami upload gambar tiket wayang bersama tanda pagar yang diminta.

Rezeki juga. Aku dapat mesej kat insta. Terus whatsapp kat kawan tu. Dia memula frust. Kemudian aku suruh tengok kat mesej request. Sekali dia pun dapat. Seronok member. Sekurang-kurangnya adalah kenangan 'Pulang' dengan kami. Tempoh hari aku dah menang novel Pulang berserta dengan tandatangan Remy Ishak.

Inilah barangan eksklusif Pulang yang dimenangi. Ada orang tanya hadiahnya apa. Aku jawab hadiahnya Abang Remy. Hahaha. Sehelai t-shirt Pulang yang dimenangi. Jadilah. Alhamdulillah. Dapat hadiah walaupun sekecil mana pun dah cukup bahagia di hati. Pulang memberi kesan di hati dan berjaya bawa pulang hadiahnya. Hehehe.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Hari Berdua

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Jumaat malam, anak-anak balik rumah mak mentua sebab sabtu tu mak uda dia orang nak bawa bercuti kat Grand Lexis. Jadi hantarlah dia orang ke sana. Aku dan suami tak ikut pun. Mak uda dia orang nak bercuti sebelum bersalin. Itulah dia angkut sekali anak-anak aku.

Bila anak-anak berjalan tinggallah, aku dan suami. Sesekali tinggal berdua apa salahnya. Boring juga bila anak-anak tiada. Aku pandang suami, suami pandang aku. Hahaha.

Begitulah agaknya nanti bila sudah tua. Bila anak-anak sudah membesar. Mungkin kerja jauh atau berumahtangga. Tinggal berdualah. Jauh sudah aku memikirkannya. Semoga dipanjangkan umur dapat merasa dan melihat anak-anak membesar.

Balik hantar anak-anak, kita orang singgah melepak McD.

Esoknya, suami ajak hiking. Setelah sekian lama aku tak berhiking, semalam berbekalkan semangat yang tak berapa nak ada, aku berjayalah hiking. Hiking kat Beruang Hill. Aku fobia sebenarnya nak memanjat kat sini. Tahun sudah pergi aku mampu panjat separuh jalan. Balik rumah muntah-muntah. Huh.

Dah alang-alang memanjat, marilah bergambar. Bukan senang nak sampai.

Sampai juga di atas. Aku dah ajak suami patah balik sebenarnya.

Hiking tanpa anak-anak.

Suami suruh bergambar lagi.

Gaya bergambar tu kena ada. Hantar kat geng lari. Kemahen posing katanya. Tak tahu betapa azab aku nak memanjat tadi sambil dihiburkan dengan bebelan pakcik apen.

“Macam inilah Ammar naik semalam. Macam mana perangai Ammar macam itulah perangai awak.”

Lalu kat satu tempat pakcik sambung lagi.

“Sinilah semalam suruh Ammar pijak terkial-kial dia nak memijaknya. Penakut sangat.”

Eh, bebel pulak dia. Nasib dalam hutan kalau tak aku tinggal dia.

Semalam, upload gambar ni di Insta dan itulah captionnya. Panjang gila. Biasalah kalau dah mula menulis sampai Insta pun jadi ruang cam menulis blog.

Aku siap duduk dulu. Tak larat nak kejar orang depan tu. Lepas hiking balik rumah. Terbongkang aku. Sampai rumah, sejukkan badan terus tertidur. Hahaha. Memang aku hentam tidur. Kaki sudah terasa sengal-sengal. Dalam jam dua aku bangun. Solat dan makan. Kemudian lepas Asar, kita orang keluar.

Makan rojak.

Minum cendol.

Kemudian ke AEON Bandaraya. Jalan-jalan cucimata. Terbeli sehelai t-shirt. Puas pusing kita orang pergi Old Town kat Bukit Beruang.

Suami makan roti aje. Diet.

Aku tak diet. Pesan semangkuk mi kenyal. Sedap. Aku memang suka makanan begini. Kemudian dah selesai makan terus balik rumah. Begitulah semalamnya. Sesekali dapat menghabiskan masa berdua dengan suami seronoklah walaupun hiking tu bukan kena dengan jiwa aku. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim