Thursday, January 24, 2019

Jutaan Purnama Nyanyian Alyah

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Aku sedang kemaruk dengan lagu ni. Berapa kali juga dok ulang dengar sampai kepala sendiri pening. Hahaha.

Ditambah lagi buat aku suka lagu ini bila video musicnya ada Remy Ishak. Remy memang ada sahaja bergentayangan dalam video music Alyah.

Hasil carian imej untuk lirik lagu jutaan purnama alyah

Sayangku
Bangun oh sayang ku
Sedarkan dari lena mimpimu
Aku masih perlukan dirimu

Sayangku
Bukalah matamu
Lihat diriku masih menunggu
Kesatkan air mataku

Maafkanku kerna ku takut kehilangan dirimu

Taruhkan jutaan purnama
Kan setia diriku bersamanya, mencintanya hingga ke akhirnya
Akhirnya

Sayangku
Bangkit oh sayangku
Mari menari seperti dulu
Hilang arah ku tanpamu
Maafkan kerna ku takut kehilangan dirimu

Taruhkan jutaan purnama
Kan setia diriku bersamanya, mencintanya hingga ke akhirnya
Taklukkan hatiku padanya
Janji setia aku bersamanya, mencintanya hingga ke akhirnya

Teruskan jalanku mencintainya
Sampai nanti jasadku terbeku
Dan ternyata abadi cinta kita selamanya

Kau jutaan purnama
Kan setia diriku bersamanya, mencintanya hingga ke akhirnya
Taklukkan hatiku padanya
Janji setia aku bersamanya, mencintanya hingga ke akhirnya

Janji setiaku padanya, bersamanya, mencintanya hingga ke akhirnya
Akhirnya






Monday, January 14, 2019

Menaiki River Cruise

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Selamat bekerja. Ini kisah yang berlaku dua minggu sebelum tahun baharu. Program jabatan. Memandangkan boleh angkut keluarga, aku pun angkutlah yang tiga ketul tu. Mana boleh tinggal. Mulanya memang nak tinggalkan pun tapi bila sebelah petang tu ada tempat kosong lagi jadi aku bawalah mereka.

Bukan selalu pak encik aku tu nak ikut kalau pasal kebajikan. Kalau pasal kastam aku selalu aje menebeng. Tak juga tapi aku kira banyaklah. Hahaha.

Jumaat tu selepas solat maghrib, kami keluar menuju ke tempat River Cruise. Dapat arahan dalam grup HQ yang bot akan bergerak jam 8.00 malam. Jadi memang aku dah siap tunggu azan maghrib.

Antara yang pergi malam itu.

Aku pun nak bergambar juga.

Oleh sebab cuti sekolah, ramailah pengunjung.

Kami dan keluarga officemate aku, Balkhes.

Menunggu bot.

Sedia untuk bergerak.

Mama dan Nana.

Apak dan Ammar. Ini dua orang memang sebijik perangai dan rupa.

Kemudian kita orang singgah makan di Cendol Kampung Hulu. Dia orang makan di tempat lain tapi kita orang tak join. Laki ai kan pemalu.

Ramen asam pedas. Sedap gila.

Maggi asam pedas telur ikan.

Setelah begitu lama tempat ini viral kami anak-beranak baru berkesempatan untuk menjejakkan kaki di sini. Itu pun masa sampai penuh. Kami hampir sahaja mahu makan di tempat lain. Bila dah namanya ada rezeki, baru nak tinggalkan tempat ni ada sebuah meja kosong. 

Highly recommended!

Bagi aku, sesekali bolehlah ke sini. Harganya boleh tahan juga tapi puas hatilah. Makanannya sedap belaka. Cubalah!

Salam pena,
Fyda Adim



Saturday, January 12, 2019

Bekalan Anak-anak 2018

Assalamualaikum.

Selamat malam semua.

Entri malam ini sekadar berkongsi bekalan buat anak-anak yang aku sediakan dalam sesi persekolahan tahun lepas. Sebenarnya entri ini lama sudah terperap dalam ruang draft. Aku nak membuang mana-mana entri yang lama yang tidak sempat aku siarkan di blog. Sekali terjumpa entri ini.

Sayang pula nak buang. Jadi aku simpan sini sebagai kenangan. Penat bergambar. Hahaha. Sudahlah bangun pagi. Kemudian bersilat di dapur. Dah siap aku bergambar pula. Dalam pada keseorangan menyiapkan seorang diri, aku sempat aje bergambar.

Akan datang bila anak-anak dah besar, mereka bolehlah baca blog mamanya. Akan datang, suasana ini pasti dirindui walaupun sesekali keletihan menguruskannya.






Awal tahun ini aku agak slow sikit dalam penyediaan bekal anak-anak. Entahlah. Badan dan hati tidak bersekongkol. Perasaan sedang kacau-bilau sebenarnya. Nantilah, aku kongsikan bila sampai masanya.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Friday, January 11, 2019

Kisah Jumaat Terakhir 2018

Assalamualaikum.

Salam jumaat.

Nampaknya, azam tahun baharu nak menulis satu hari satu entri sudah ke laut dalam. Entri akhir adalah pada 2 Januari 2019. Sebenarnya, entri tahun lepas pun banyak yang tertangguh. Kesibukan dengan rutin harian membataskan segalanya. 

Oleh kerana hari ini jumaat rehatnya panjang, aku menggagahkan diri juga untuk menulisnya. Ini adalah kisah jumaat juga. Jumaat terakhir pada tahun 2018. Hari tu aku keluar dengan officemate, Nurul. Memandangkan Myra Mokhtar masih cuti bersalin dan hari tu juga Umi cuti balik kampung jadi tinggal kami berdua terkontang-kanting di pejabat.

Kemudian dalam nak tengah hari, si Nurul tanya sama ada aku nak keluar atau tidak. Dia nak keluar dengan maknya. Kalau aku nak ikut dia tak kisah. Jadi aku pun ikutlah mereka. Aku bawa Nurul ke AEON Ayer Keroh dan maknya tunggu di sana sahaja.

Sampai sahaja kami terus makan. Bersungguh pompuan ni makan. Sudahlah hari tu dia pedajal aku lagi kat tandas. Tempoh hari dia kunci pintu tandas. Hari tu dia baling air dari bilik air sebelah.

Kami bertiga. Itulah ibu Nurul.

Kemudian aku biasalah ke Popular.

Nurul beli barang. Aku dah pening mengikut dia cari benang sudahnya aku tunggu kat luar.

Hasil aku masuk Popular. Ini yang bahaya.

Balik kerja, aku terus ke rumah mak. Suami dan anak-anak sudah tunggu. Kemudian kami keluar ke Bukit Serindit.

Malam itu ke UTC. Bawa mak dan ayah untuk buat kad pengenalan yang baharu.

Cucu mak yang keempat. Dia kira puteri nenek sebab dia paling rapat dengan mak aku. Jadi bila nenek keluar dia pun mengendeng saja.

Makan pun sebelah nenek. Nenek suapkan sup.

Selepas buat kad pengenalan, kami mencari makan dan sinilah tempatnya.

Bergambar lagi. Mak aku bising kalau aku suruh bergambar. Kejap-kejap bergambar katanya.

Makan malam di Pizza Hut.

Dua jenis pizza yang kami pesan. Entah apa namanya. Aku tak hafal.

Tengok budak tu. Pandai bergambar. Namanya Naura Firzanah. Kalau Ammar panggil dia, Nora. Hahaha. Asal boleh aje mamat tu.

Sekian dulu.

Salam pena,
Fyda Adim


Wednesday, January 2, 2019

Selamat Jalan Obek Nah

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Entri kedua kiranya untuk tahun baharu. Cubaan untuk mengekalkan momentum menulis. Tanggal 16 November 2018 jam 9.45 malam, mak saudara saya pulang ke negeri abadi setelah dua puluh satu hari di hospital dan dibawa balik tiga hari ke rumah dan dia pergi jua akhirnya.

Sepanjang di hospital, doktor memang sudah maklumkan obek akan pergi bila-bila sahaja. Kondisi organ-organnya tidak menunjukkan sebarang perubahan. Buah pinggang lemah, jantung lemah, kurang darah.

Iya, waktu itu saya dan kakak sepupu anak obek yang ada di situ ketika doktor memberitahu berita itu. Kata doktor lagi, keluarga kena bersedia fizikal dan mental. Kami reda dan sejak itu setiap hari bila sesuatu yang pelik-pelik berlaku pada obek kami akan cuak.

Obek keluar hospital, saya, adik dan kakak sepupu yang ada. Kakak sepupu tu anak tunggal. Jadi memang kami adik-beradik sahaja yang ada. Waktu itu, obek sudah tidak mampu untuk duduk apa lagi untuk berjalan. Katil ditolak hingga ke lobi hospital untuk ke kereta.

Image may contain: text
Jumaat tu, sebenarnya saya baru selesai menelefon kakak sepupu bertanyakan khabar obek. Sudah tidak bercakap. Bila panggil pun sudah tidak respon. Mata pejam saja. Jadi saya janji untuk datang esoknya. Tapi dalam 10 minit lepas tu saya terima panggilan kakak sepupu. Obek sudah tiada. Kejapan sahaja berlaku. Masa tu suami dan anak-anak ke majlis maulidur rasul di taman. Saya siap-siap dan bila dia orang balik kami bergerak ke rumah kakak. Sebelum tu saya jemput mak dulu di rumahnya.

Sepanjang malam kami sekeluarga menemani obek. Tak putus-putus baca yassin untuknya. Masa ni jenazah sedang bersiap untuk dimandikan.

Solat jenazah.

Jenazah sudah dibawa keluar.

Waktu itu, linangan air mata sahaja yang mengiringi kami.

Baju hitam menantu, baju kelabu cucu menantu.

Van jenazah sudah menunggu. Rezeki saya untuk mengiringi perjalanan obek dalam van jenazah bersama kakak.

Saudara mara yang melawat.

Masing-masing sudah mahu bergerak ke tanah perkuburan.

Di bawa ke masjid untuk disolatkan.

Selesai solat, di bawa ke tanah perkuburan. Kami sudah menunggu di luar.

Selesai urusan pengembumian. Gambar-gambar ni saya ambil sebab adik tak ada masa pengembumian obek.


Bila yang lain sudah pulang, mereka betulkan tanah-tanahnya.


Inilah lelaki-lelaki dalam keluarga kami.

Selamat pulang obek. Rezeki obek juga. Sebelah pusaranya itu adalah pusara ayahnya iaitu atok saya. Selang satu pusara daripada obek pula pusara maknya iaitu nenek saya iaitu makmok.

Obek, along akan sentiasa doakan untuk obek. Obek akan sentiasa dalam ingatan along. Terima kasih kerana pernah jaga along masa kecil.

Saya memang rapat dengan obek. Selain mak, dia juga tempat saya merujuk bab masak-memasak ni. Bila raya, obek rajin buatkan saya biskut candy. Tapi saya tak pernah pun nak belajar. Tinggal kenanganlah semuanya.

Mak dah tinggal sorang. Malam tadi arwah datang dalam mimpi. Hanya dengan senyuman. Semoga rohnya dicucuri rahmat.