Thursday, October 10, 2013

~MC Lagi~

Assalamualaikum....

Entry di lewat tengahmalam.  Semalam dah taip sikit tapi tak terpublish.  Baru dapat nak pegang ipad ni memandangkan ammar sudah beradu.  Kalau tidak jangan haraplah aku nak keluarkan.  Memang dia konker habis.  Hajat hati memang teringin nak update blog tetapi memandangkan keadaan diri yang tidak mengizinkan membuatkan aku berhenti menulis seketika.  Berhenti menulis blog dan berhenti menulis benda yang sedang ditulis.

Rindu!!Bila terpaksa ketepikan seketika kerja-kerja yang ada.  Diri ini memang sudah diselubungi kerinduan.  Kerinduan yang amat.  Aku dapat mc lagi khamis lepas memandangkan semalam cuti umum negeri Melaka. Sebab?ubat-ubatan ini adalah jawapannya.  Tapi aku bukan pregnant ye.  Ramai yang ingat aku pregnant masa aku postkan gambar ubat ini di fb.

Khamis pagi aku gigihkan diri nak cek drah memandangkan hati dilanda kerisauan sebab kawasan rumah mak aku kawasan denggi.  Seawal 730 pagi dah terpacak kat poliklinik peringgit.  Jumpa doktor, tunggu turn amik darah.  Berpuluh-puluh orang mahu sampai ke nombor giliran aku.  Sampai pening-pening kepala.  Aku lari pergi bilik operator yang kebetulan kakak sepupu aku kerja kat situ.  Lepak-lepak situ lebih tenang berbanding nak tunggu kat makmal yang sangat crowded.  Dekat sampai turn baru pi terjah.  Lepas amik sebotol darah aku hantar pi makmal tunggu result then pi balik bilik doktor.

Rupanya domtor kata hb aku low!Bacaannya 8.9.Patutlah aku asyik pening je.  Ini pun masih pening-pening lalat ni.  Kenalah aku makan ubat yang dibekalkan doktor.  Mahu cepat baik sebab tak lama lagi mahu holiday!

No comments: