Tuesday, October 30, 2018

Hiking Di Bukit Gasing

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Entri ini sudah agak lama tertangguh. Nak menulis sesuatu entri pun nak kena tunggu moodnya sampai. Gambar sudah lama aku upload tetapi itulah nak menulis entri ini asyiklah tertangguh. Dari sehari ke sehari sudahnya terbiar.

Baiklah, aku kongsikan kisah aku hiking di Bukit Gasing masa cuti Hari Malaysia. Aku sudah tentu empat beranak. Ada dua orang kawan aku yang geng lari ikut sekali tetapi suami-suaminya tak ikut. Sepatutnya nak ke Bukit Broga tapi hari tu tutup. Jadi sudah alang-alang sampai carilah bukit lain untuk didaki. Gigihlah mereka. Aku ni mengikut saja sebab hiking ni bukan jiwa aku pun.

Pagi-pagi buta sudah keluar rumah.

Mereka parking kereta di sebelah sana.

Anak-anak aku.

Sudah ramai yang menunggu mahu mendaki.


Permulaannya dimulakan dengan bergambar.

Sudahlah kena panjat, aku memikul beg yang dalam dia ada macam-macam barang. Dah macam badang pun ada aku rasa.

Inilah geng lari aku.

Aku dan Nana.

Tengok muka aku yang tak semenggah. Penat wei.

Dalam penat sempat juga bergambar.

Kami lagi bergambar.

Suami aku adalah sebab memang dia ketuanya.

Kami memang sudah berjanji nak sedondon.

Akulah tu.

Ammar dan Emir.

Kita orang tak habis-habis dengan bergambar.

Tadi berdiri, ini duduk pula.

Style bergambar dalam hutan memang begini.

Aku memang yang ke belakang.

Bergambarlah dengan suami sendiri. Takkan nak bergambar dengan suami orang. Hahaha.

Semangat budak bertiga ni.

Mama dan anak-anak.

Sudah sampai di bawah.

Bergambarlah beramai-ramai. Lega bila sudah selamat tiba di bawah.

Sebelum pulang bergambar di pintu gerbangnya.

Aku suka gambar ni.

Seronok sangat dah nak balik. Akulah tu.

Gambar kami empat beranak semestinya.

Begitulah kisah aku berhiking bersama suami, anak-anak serta kawan-kawan. Entah bila lagi aku nak hiking aku pun tak tahu sebab bila suami buka aje cerita hiking aku elak. Boleh tak ajak aku buat aktiviti lain? Hahaha.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Monday, October 29, 2018

Meluangkan Masa Bersama Kengkawan

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Rindu nak menulis di sini. Bila rindu menghantui, gigihkan juga diri ini untuk menulis. Minggu lepas, sibuk sampai tidak ada masa pun nak meninjau di blog ini. Anak-anak sudah peperiksaan akhir tahun. Jadi sibuk dengan tuisyen setiap malam. Aku pulak sibuk dengan memasaknya. Memang terkejar-kejar.

Kat blog memang aku kurang nak menulis. Nampak aku aktif kat instagram aje. Tapi itulah, kepuasan menulis di sana dan di sini memang lain. Mesti teringat-ingat juga nak menulis di blog. Itu yang kadang caption insta aku panjang berjela. Sejenis lupa diri bila dah mula menaip. Hahaha.

Baiklah, nak cerita jumaat lepas waktu rehatnya panjang. Keluar makan dengan kawan pejabat yang tiga orang itu. Itu sajalah kawan pejabat yang kira rapat dengan aku. Oleh sebab salah seorang daripada kami sedang menunggu hari nak melahirkan anak, jadi dia ajak kita orang makan Pizza Hut. Mula-mula aku memang tak nak keluar, tapi bila mengenangkan yang ajak tu mak buyung aku pun bersetuju.

Nampak tak senyuman mak buyung? Bukan main lebar senyumannya bila dapat makan pizza.

Kami berempat. Mujurlah baru lepas gaji.

Paling muda yang tudung hitam. Aku dan sebelah tu sebaya.

Menu kami pesan tempoh hari.

Pizza yang menjadi pilihan. Entahlah apa namanya. Aku makan aje.

Ini selesai makan. Muka sorang-sorang gembira tak terkira.

Sekali lagi. Masa ini sedang menunggu aiskrim sampai. Lama juga kita orang menunggunya.

Sudahnya kita orang terus ke kaunter beritahu nak bayar dan cakap tak dapat aiskrim. Letih menunggu.

Aiskrim punya fasal masing-masing sanggup menunggu.

Puas hati bila dah dapat aiskrim. Yelah, dah bayarkan mesti sanggup menunggunya. Begitulah kisah jumaat aku dan kengkawan ofis. Sesekali bolehlah layan makan mewah begini. Melayankan mak buyung sementara dia belum bersalin.

Habis makan tadi dia pesan, “Aku cuti 3 bulan nanti korang pun tak payah kuar masa rehat.”

“Eh, ko yang pantang dah kenapa kita orang kena pantang sekali.”

“Kita orang keluar nanti buat video call kat ko.”

“Tak ada aku nak jawab.”

Kami pun menghitung hari bila dia nak bersalin. Aunty-aunty tak sabar.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Tuesday, October 23, 2018

Suamiku Encik Blogger

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Pembukaan Oktober begitu manis bila mana cerpen aku berjudul 'Suamiku Encik Blogger' tersiar dalam majalah Mingguan Wanita. Perkhabaran ini disampaikan oleh kawan sepejabat suami melalui whatsapp. Aku terima berita gembira ini pada 10 Oktober 2018 yang lalu. Sebaik sahaja membuka aplikasi whatsapp, aku terkedu.

Memang terkejut sangat-sangat. Berita gembira. Ini kiranya cerpen pertama yang tersiar di majalah. Dalam pada sedang bermalas-malasan untuk menulis, bila datang berita gembira sebegini mestilah gembira dan semangatnya lain macam.

Lukisan itu tersangatlah cantik. Aku suka.

Inilah cover majalah yang menyiarkan cerpen aku. Terima kasih pada editor majalah ini kerana sudi menyiarkan cerpen aku. Semoga aku dapat luaskan penulisan aku ini. Semoga aku dapat kekalkan momentum menulis ini.

Jangan malas-malas.


Monday, October 22, 2018

The Cafe BBQ

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Tempoh hari, kononnya ke IOI City Mall kerana nak cuba makan di K Fry. Tapi bila sampai sahaja di depan K Fry, punyalah ramai umat manusia sedang beratur. Bila kena kat kita orang ada lebih kurang 90 dalam giliran. Mak ai.

Apa punya ramai. Sudahlah masa tu baru balik hiking kat Bukit Gasing. Perut memang sedang berlagu-lagu mohon diisi. Suruh tunggu empat jam lagi. Mana boleh lagi ditahan-tahan. Untuk tidak menghampakan, anak buah aku Adibah rekomen makanan korea yang sedap juga.

Kami ke sini. Entahlah aku sebenarnya tak pernah makan pun makanan korea. Saja nak mencuba.

Macam biasalah bila sudah ramai-ramai mesti nak bergambar.

Inilah pesanan kami untuk berlima.

Pilihan Ammar. Peminat ramen tapi aku tak galakkan sangat dia makan. Sesekali bolehlah.

Ini aku punya tapi dah lupa apa menunya. Sedap. Kenalah kat tekak aku yang kemelayuan ini. Sesekali cuba menu yang lain apa salah. Kalau sedap boleh makan lagi, kalau tak sedap selamat jalan. Pertama dan terakhirlah kalau tak sedap.

Aku dan suami.

Sekali lagi gambar beramai-ramai.

Bila 3A bergambar.

     
Sudah makan bolehlah kita pulang dengan senang hati. Bukan senang nak bawa anak buah aku tu berjalan dengan kita orang. Happy juga hari tu sebab dapat juga makan makanan korea.

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut senang hati.


Wednesday, October 17, 2018

Pengasuh Dari Neraka - Nurul Hashim

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua.

Pagi ini aku akan kongsikan sedikit sedutan yang terkandung dalam buku anekdot yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Sekali lagi seramai sepuluh orang penulis bergabung dalam naskhah ini sama seperti buku sebelumnya iaitu Pok Pek Pok Pek Mak-maklah sangat. Kali ini enam orang penulis akan menampilkan anekdot mereka tentang pengasuh dan empat orang penulis menampilkan cerpen yang berkaitan dunia pengasuh.



Cerpen berjudul Kamar Penghakiman karya Nurul Husna

Apa yang diperlakukan terhadap anaknya adalah contoh ‘sexual grooming’. Ini sabotaj tahap isi perut pun ikut gelap zulmat! Sadis! Ketagihan dadah dipandang hina namun mudah mencari puncanya. Ketagihan seks, sumbang laku dalam masyarakat siapa yang ambil peduli? Sendiri tidak sedar bahawa semuanya bermula dari dalam rumah. Budaya bergurau tidak kena tempat.

“Apa yang awak cakapkan ini, tidak ada tertulis dalam Al-Quran mahupun hadis… Sudahlah Ara, awak pergi minta maaf kepada mama…” Mudahnya penyelesaian Mikail, semudah bercakap sambil bermain permainan video di telefon bimbit.

Jika berminat dengan naskhah ini, bolehlah menghantar pesanan pada saya melalui whatsapp 017-6741270 atau ke emel saya alfidah83@gmail.com. Naskhah ini dijangka diterbitkan pada pertengahan Oktober ini.

Salam pena,
Fyda Adim