Monday, June 30, 2014

~Sehari Sebelum Puasa~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Baru selesai buat kerja rumah. Melipat baju yang tak akan pernah habis. Bila masa cuti macam-macam kerja yang nak dibuat.

Okeylah nak cerita kisah sehari sebelum puasa. Memang tak duduk di rumah. Keluar pergi beli barang, pergi rumah kakak sepupu aku sebab mak aku nak bagi barang pada maklong kemudian kemas rumah mak aku.


Sampai rumah mak dapat sekotak kurma. Memang setiap kali Ramadhan mesti dapat daripada Persatuan Bawean Melaka.


Kemudian pergi beli barang kuih. Bukan semangat nak raya. Saja beli awal bila senang boleh terus buat.


Pergi Kedai King Hin kat belakang Jakel. Orang Melaka mesti tahu. Kedai ni sudah besar. Senang cari barang. Senang parking.


Dari kedai pergi rumah kak sepupu. Kemudian keluar kejap dengan anak-anak buah dan ammar. Ajak teman pi Aeon Bandaraya. Ramai orang! Susah parking! Settle urusan terus balik. Bukan shopping pun. Kemudian jemput mak dan nana terus balik rumah mak. Kemas bilik!


Ini sebahagian barang kuih. Tengoklah datang rajin apa hasilnya. Itu sahaja cerita aku. Sedang amik mood nak masuk dapur. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,
Fyda Adim

posted from Bloggeroid

~Cuti Awal Ramadhan~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua. Salam ramadhan pembuka bicara. Semoga diberikan kesihatan yang baik supaya kita dapat mengerjakan ibadah dalam bulan ini dengan sempurna.


Oleh kerana 1 Ramadhan jatuh pada hari ahad, hari ini untuk warga Melaka masih lagi bercuti. Esok barulah naik kerja. Bolehlah menyiapkan juadah berbuka. Esok esok dah kerja tak tahu lagi macam mana. Sempat ke tidak masak untuk berbuka. Harap-harap sempatlah. Tak sempat terjahlah bazaar je.

Itu sahajalah ceritanya untuk hari ini. Bersambung di lain entri. Sekian dan wassalam.

posted from Bloggeroid

Sunday, June 29, 2014

~Salam 1 Ramadhan~

Teks : Fyda Adim
Foto : FB

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Salam Ramadhan buat semua. Selamat berpuasa buat seluruh umat Islam. Mulakan hari ini dengan penuh semangat.


Ramadhan kareem. Semoga kita dapat menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini dengan sempurna. Semoga Allah SWT memakbulkan doa serta amalan kita dan diampuni dosa-dosa kita.


Semoga Ramadhan ini akan lebih tenang. In sya Allah...Kemaafan itu dendam yang terindah. Jangan disebabkan satu kesalahan kita membenci seseorang habis-habisan. Mudah-mudahan. Okeylah sampai sini dulu. Selamat berpuasa sekali lagi! Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,
Fyda Adim
posted from Bloggeroid

~Makan-makan Di Office~

Teks: Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat malam. Malam ini sudah mula berterawih. Entri malam ini mahu menceritakan kisah semalam. Office ada buat makan-makan sebelum puasa. Potluck gitu. Mari tengok gambar.


Antara juadah semalam.


Masing-masing penuh berselera.


Itu pengarah JKMN.


Kuih-muih yang ada.


Aku bawak koktel je.


Ini makanan aku pula. Itu sahaja ceritanya. Tamat cerita makan-makan sebelum Ramadan. Bersambung lagi. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,
Fyda Adim
posted from Bloggeroid

Friday, June 27, 2014

~Dinner @ PappaRich~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat malam.  Entri malam ini bukan nak menceritakan mengenai dinner malam ini.  Ini dinner kami dua hari lepas.  Sebelum menjelang ramadhan baiklah diceritakan entri lama-lama.  Nanti tidak habis cerita.  Mana tahu bulan ramadhan ni sibuk dengan bermacam-macam perkara.

Selasa malam, cakap dengan asben.  Malam ni nak makan sedap-sedap.  Erm, dialog aku tu macam malam sebelum-sebelumnya makan tak sedap pula.  Kikiki..Mulanya aku minta nak makan kat Pizza Hut.  Tapi ditolak bulat-bulat.  Pasrah.  Dan akhirnya kami menuju ke PappaRich.  Pertama kali makan kat sini.  Saja jalan-jalan cari makan.  Kalau sedap bolehlah menyinggah lagi.

PappaRich di Ayer Keroh bersebelahan KFC dan Pizza Hut.  Orang Melaka mesti tahu.

Marilah tengok apa yang ada.

Dan inilah hasil daripada pemilihan dalam menu.  Air sebelah kiri asben punya.  Tak ku tahu apa nama air itu.  Lupa sudah.  Aku punya mocca ais.

Ini mee kari untuk asben.  Sedap.

Ini pula untuk aku asam laksa.  Boleh tahanlah.

Ini pula nasi goreng untuk anak-anak.  Juga boleh tahan.  Pada aku bolehlah tapi tidak menjadi tempat pilihan.  Harganya pun mahal juga daripada Old Town.  Itu sahaja. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                         

~Meronda Selepas Majlis Bertunang~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Lagi sejam mahu pulang.  Mata semakin memberat dek kerana perut kekenyangan.  Mana tidaknya.  Hari ini pejabat aku ada buat makan-makan sempena sebelum puasa ni kan.  Rasanya hari ini ramai yang buat makan-makan kut.  Tak tahulah.

Okey, berbalik kepada tajuk di atas.  Selepas majlis pertunangan adik ipar aku sabtu lepas, kami empat beranak meronda ke Madam King dan Aeon Bandaraya.  Modus operandinya adalah untuk membeli baju raya anak-anak.  Semangat eh.  Bukan semangat apa pun hanya persediaan awal.  Beli baju jalan-jalan je dulu.  Baju kurung, baju melayu tak beli pun lagi.  Dapatlah sorang dua pasang baju raya hari itu.

Ini sudah sampai Aeon.  Tak beli apa pun kat sini sebab dah membeli dekat Madam King's.

Lepas puas meronda kat shopping, kita orang ke fun fair depan Giant.  Panggil fun fair rasanya.  Tengok budak-budak tu seronok melompat-lompat.

Tengoklah si kakak dan si adik.

Ammar takut naik benda alah ni.  Sebab ada dinosour tu.

Nampak tak yang berbaju oren tu ammar. Yang ungu tu adriana.  Masuk dalam ni kanak-kanak RM20 seorang.  Penjaga RM5 seorang.  Mahal kan.  Memang kita orang bertapa lama kat dalam ni sampai tempat ni tutup.  Itu sahaja ceritanya.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,







                                                                                                        


~Ujian, Tanda Allah Rindu Mendengar Rintihan Dan Doamu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Instagram

Assalamualaikum...

Selamat tengahari.  Salam jumaat.  Salam pembuka bicara buat semua.  Hari ini ada buat makan-makan sebelum berpuasa.  Jadi tatkala jari jemari ini sedang mengetuk-ngetuk papan kekunci, perut sudah terasa sendat.  Makan tak ingat.  Makan nasi, koktel, kuih-muih.  Huh! Memang sendat.  Alhamdulillah rezeki untuk hari jumaat yang indah ini.

Benar, Allah menguji hambanya dengan musibah dan nikmat untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar dan siapa yang berputus harap.  Mudah-mudahan kita dapat menempuh ujian yang diberikan pada kita.  Ujian itu tanda Allah rindu mendengar rintihan dan doa daripada kita.  Renung-renungkanlah...

Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,







                                                                                                        

Thursday, June 26, 2014

~Seperti Dia OSt Ramadan Yang Hilang~

Teks :Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Lagi dua hari sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan.  Tiba-tiba teringatkan drama yang ditayangkan pada Ramadhan tahun lalu.  Drama yang sangat-sangat menyentuh jiwa dan meninggalkan kesan pada diri.  Ingat tak?

Ramadan Yang Hilang tajuk bagi drama itu.  Ada sesiapa yang mengikuti perjalanan cerita itu.  Pada sesiapa yang mengikut pasti sudah sebati dengan lagu latar drama itu.  Aku suka dengar.  Jom kita tengok lirik lagunya.  Kalau nak dengar lagu tu dengarlah dekat youtube ye.

SEPERTI DIA

Ku lakukan semua hanya untukmu
Biar kau tak mengerti apa maksudku
Namun masa terlalu singkat
Untuk aku buktikan padamu
Untukku... buktikan padamu

Ku jejak tiap haluan dia tuju
Kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tahu aku tak sama

Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tahu aku tak sama

Jalani hidupku jadi dirimu
Mencari sesuatu yang pernah hilang
Namun hidup terlalu singkat
Untuk aku buktikan semua
Untukku... buktikan semua

Aku Penulisnya,







                                                                                                       


~Majlis Pertunangan Adik Ipar~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat pagi khamis.  Harap semuanya sihat-sihat.  Makan apa sarapan tadi? Berbalik kepada tajuk, sabtu lepas bersamaan 21 Jun 2014 adalah majlis pertunangan adik ipar aku.  Adik ipar aku lelaki.  Adik asben aku yang nombor empat.  Majlis diadakan dalam jam empat.  Selepas zohor kami bertolak ke Durian Tunggal.  Rumah pihak perempuan dekat Melaka aje.  Aku bertolak dari rumah aku dan kami berjumpa di rumah along Nizam ( abang pada asben ) di Durian Tunggal.  

Untuk majlis itu, aku dan asben sponsor kek.  Oleh sebab masa terlampau mencemburui aku ditambah pula dengan kemalasan yang berganda-ganda dalam diri.  Makanya aku tempah kek Red Velvet pada wife officemate aku.  Pada orang Melaka yang mahu mencuba boleh add di FB beliau.  Cari Syazawanizah Fyzah atau Mummy Fyzah Homemade.
                                                                                             
Hantaran pihak lelaki.  Tema merah dan putih.

Dua orang gadis bunga memang dulang hantaran yang berbunga.  Ini versi mak-mak.

Perbincangan sedang dijalankan.  Ini pihak lelaki.

Manakala ini pihak perempuan.

Setelah mendapat kata putus kami dijemput menjamu selera.

Ini pula hantaran bagi pihak perempuan.

Sebelum pulang bergambar dengan yang diraikan.  Itu sahaja cerita pertunangan adik ipar aku.  Alhamdulillah majlis berjalan dengan begitu sempurna.  Sejurus pulang dari majlis, kami empat beranak ke destinasi seterusnya.  Shopping baju raya untuk anak-anak.  Bukan excited nak raya.  Cuma bersiap awal supaya tidak kelam kabut waktu bulan puasa nanti.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                        

Wednesday, June 25, 2014

~Hari Gaji~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum...

Selamat pagi.  Selamat hari rabu.  Selamat hari gaji! Bangun pagi bersemangat sedikit mengenangkan hari ini hari gaji.  Lebih ceria dari semalam.  Hehehe...Bukan memikirkan mahu shopping, memikirkan mahu membayar apa-apa yang patut.  Memang itulah rutin setiap kali gaji.  Memang sudah senaraikan hutang-hutang dan sebagainya.  Itulah yang selalu dilakukan setiap bulan.  

Jadinya, selesai menolak hutang-hutang barulah boleh bernafas nak membeli sedikit apa yang mahu dibeli.  Tak boleh membazir.  Berjimat-cermat sikit walaupun dalam hati memberontak mahu membeli bermacam-macam.  Ini pun terbayang-bayang Kedai Romantika.  Berhantu betul! Huh! Okeylah, itu sahaja cerita pagi ini.  Mahu sambung kerja.  Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,







                                                                                                        

Tuesday, June 24, 2014

~Jumaat Ke Bengkel Kereta~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Selamat hari selasa.  Hola! Baru berkesempatan mahu menitip dan membelek blog.  Tiga hari blog menyepi dek kerana kesibukan.  Sabtu kesibukan sebab adik ipar bertunang.  Jam 11 malam baru balik rumah sebab lepas majlis tunang kita orang empat beranak pergi shopping!

 
Okey, jumaat lepas aku halfday gara-gara nak bawak WLH ke bengkel.  Bunyi dia yang macam motorbot membingitkan telinga.  Huh! Jadi jumaat lepas ke bengkel dengan asben naik dua kereta berasingan.  Hantar kereta aku dan uruskan beberapa perkara.  Jam 6.30 petang baru siap.  Terbang melayang duit tapi bukan duit akulah.  Duit si dia seperti biasa.  Hihihi...

Sementara menunggu kereta siap aku dan asben pekena yong taufu.  Mengisi perut yang sudah berbunyi minta diisi.


 
Dan pekena coconut shake.  Penyejuk tekak di kala hari panas berdekang.  Lazat tidak terkata.  Itu sahaja cerita untuk pagi selasa ini.  Sebenarnya entri ini sudah ditaip sejak semalam tapi atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan maka tidak dapat dipublishkan.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,







                                                                                                        

Friday, June 20, 2014

~Sentiasa Memaafkan~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum...^_____^

Hola! Dah lama tak guna ayat ni.  Selamat pagi semua.  Salam jumaat.  Hari yang penuh keberkatan.  Mudah-mudahan kita perolehi sesuatu yang baik hari ini. Itulah keinginan bagi setiap orang.  Pagi ini seperti biasa aku menghantar anak-anak ke rumah mak.  Asben aku balik kerja malam dan dia akan tunggu di rumah mak untuk hantar adriana ke sekolah pula.  Begitulah rutin harian kami.

Buat renungan pada hari ini.  Memaafkan perkara yang membuatkan kita terluka adalah perkara yang sangat berat.  Tetapi dengan memaafkan sahaja yang dapat membuatkan hati kita berasa tenang.  Memaafkan itu tidak semestinya menerima.  Namun apabila kita menerima secara tidak langsung kita memaafkan.  Itu sahaja perkongsian utnuk pagi ini.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulisnya,





                                                                                                         

Thursday, June 19, 2014

~Deko Dinding Dapur~

Teks : Fyda Adim
Foto : Mini Ipad

Assalamualaikum...^___^

Selamat petang semua.  Pasti semua sudah lunch.  Tengahari ni aku tidak ke mana. Hanya duduk di pejabat sahaja.  Memandangkan pagi tadi sarapannya nasi putih bersama lauk paru jadi perut ini masih lagi kenyang.  Berbalik kepada tajuk, nak cerita sedikit tentang dapurku yang secoet itu.

Taklah havoc pun dekonya.  Cuma biasa-biasa saja.  Hari itu kebetulan ke Family Store aku belilah benda alah tu.  Alah murah pun.  Tak ingat harga tapi bawah RM5.  Marilah tengok ruang yang aku deko itu.

Nampak tak?

Close up sikit.  Kat ruang ini yang aku dekonya. 

Tadaa...Inilah wall sticker yang aku beli.  Jadilah buat penyejuk mata aku sendiri.  Ala-ala bunga sakura kan.  Sakura ke? Gigih menampal dengan abang jebat.  Terkomot-komot tapi bolehlah.  Murah je kut.  Bolehlah sambil masak berangan-berangan kan tengok permandangan depan tu.  Okeylah, merapu je aku ni.  Sekian saja entri mendeko dapur aku yang secoet tu.  Nanti aku update lagi pasal dek-deko ye.  Wassalam...

Aku Penulis Picisan,